Sepetang Bersama Erul dan Pelancaran Erul Official Fan Club SaranghaErul
Bertempat di Kelab Darul Ehsan (KDE), pada 9hb Julai 2011 ( Sabtu ) jam 2.30 yang lalu telah berlangsungnya Majlis Sepetang bersama Erul dan Pelancaran Erul Official Fan Club (SaranghaErul). Biarpun ramai yang ketakutan akibat perhimpunan haram yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, namun para penyokong Erul masih juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ini. Seramai 180 orang tetamu telah berjaya menghadirkan diri mereka di sana.
Majlis ini adalah sebagai hadiah dan tanda terima kasih Erul kepada tenaga pengajar, rakan wartawan dari media cetak mahupun elektronik yang tidak jemu memberi sokongan dan galakan kepada Erul semasa berada di dalam Akademi Fantasia 9 (AF9). Tidak dilupakan penghargaan paling istimewa kepada para peminat di luar yang selama ini banyak menyokong dan memberi semangat untuk Erul terus berjuang di dalam AF9.
Ternyata fenomena K-Pop yang cuba di ketengahkan oleh anak muda ini melalui personaliti dan cara persembahan telah menarik ramai peminat genre berkenaan, khususnya di kalangan remaja dan anak-anak kecil.
Selain itu Majlisyang berlangsung serba ringkas dan meriah ini juga telah memperkenalkan barisan tulang belakang Erul yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa SaranghaErul. SaranghaErul telah mula bertapak pada 29 Mac 2011 dan sehingga ke hari ini pelbagai usaha telah dijalankan bagi menyokong aktiviti seni anak muda ini.
Laman Blog rasmi www.erulfc.blogspot.com dan laman facebook www.facebook.com/erulfc telah menjadi medium perantara diantara kesemua ahli SaranghaErul dengan AJK dan Erul sendiri. Majlis ini telah di hadiri oleh rakan-rakan artis seperti Miza AF9, Sahri AF1, Dior, Hazama AF9 dan Afif AF9.
Majlis petang itu telah di isi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, tayangan video khas mengenai perjalanan SaranghaErul, Aktiviti permainan pentas Erul bersama peminat dan paling di nantikan ialah persembahan istimewa dari Erul. Kali ini Erul telah mempersembahkan lagu single beliau yang berjudul Legasi Cleopatra, bergandingan dengan penari dari Kumpulan Ruffleneck. Erul juga menyampaikan sebuah lagi lagu iaitu Cinta Untuk Nabila yang pernah dinyanyikannya pada Konsert AF9 yang lepas.
Majlis kali ini telah mendapat penajaan daripada Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya, Tomatoestation, C Cut Hair & Beauty Salon, O’oi Couture, EOCM, Al-Najwa Production, Hajat Lafaz Sdn.Bhd, Haz Make-Up Artist, Raisevest Sdn.Bhd, Kolam Ayer Resources Sdn.Bhd, Zedma Graphic. Little Tree dan Kelab Darul Ehsan sebagai penaja utama.
SaranghaErul atau Erul Official Fan Club telah dimulakan pada 29 Mac 2011 oleh Myra Azlan. Ia sengaja dimulakan sebelum bermulanya Konsert Tirai AF9, ini bertujuan untuk memperkenalkan Erul kepada penonton Setia AF dan sedikit sebanyak ia juga membantu para penonton untuk mengenali Erul dengan lebih rapat.
Kelab ini mula beroperasi dengan penubuhan Laman Peminat (Fan Page) di Facebook iaitu www.facebook.com/erulfc . Tujuan utama penubuhan Laman Peminat ini adalah untuk memperkenalkan Erul kepada umum sekaligus membawa para peminat untuk menyokong dan mengundi Erul sepanjang keberadaan beliau di dalam Akademi Fantasia. Nama SaranghaErul ini juga telah dipilih sendiri oleh para peminat melalui Facebook Erulfc. SaranghaErul bermaksud ‘Saya Sayang Erul’ ini sebenarnya menjelaskan perasaan sebenar para peminat pada ketika itu.
Pada 31 Mac 2011 Blog rasmi SaranghaErul iaitu www.erulfc.blogspot.com telah dibuka dan disini lah telah bermula Legasi Erul yang sebenar. Para peminat dan penyokong Erul telah disajikan dengan gambar dan pelbagai informasi mengenai Erul dan Fan Club. Sebuah laman sembang (Chatroom) telah di letakkan di dalam blog tersebut agar dapat memudahkan para peminat untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Pada 17 April 2011 (Ahad) perjumpaan pertama SaranghaErul telah berlangsung di AEON AU2 Setiawangsa. Pendaftaran terbuka juga dilakukan dan T-shirt Fan Club telah diberikan kepada setiap pendaftar. Untuk perjumpaan pertama ini aktiviti seperti membawa sepanduk ke Rumah Kaca bagi menaikkan semangat Erul telah dilakukan. Bermula dari hari tersebut, aktiviti perjumpaan ini telah dilakukan setiap minggu.
Mensyuarat rasmi kali pertama telah di lakukan pada 17 Mei 2011 bertempat di Starbuck Coffee, AEON AU2 Setiawangsa. Pada mesyuarat kali ini ahli jawatankuasa rasmi telah pun dilantik.