in , ,

Gedung Pakaian AL FARO Cawangan Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi

Dalam keadaan ekonomi yang masih tidak menentu, AL FARO terus langkah kehadapan dengan mengumumkan pembukaan cawangan ketiga AL FARO Mall di Shah Alam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AL FARO, Farooq Ahmed Khan, langkah perluasan ini merupakan strategi AL FARO dalam memperluaskan perniagaan yang dibina sejak tahun 2007 dan terus memberi akses mudah kepada pelanggan yang menyediakan barangan harga mampu milik.

“Kami amat gembira dengan pembukaan cawangan baharu ini kerana secara tidak langsung ia memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara dekat dengan pelanggan di pelbagai lokasi.

– Farooq Ahmed Khan
Gedung Pakaian Alfaro Cawangan Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi

“Dan seperti semua tahu, komitmen kami adalah dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan serta memberi pengalaman beli-belah yang terbaik,”

– Farooq Ahmed Khan

Terdahulu, AL FARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award. Ia adalah kejayaan kedua AL FARO selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) pada tahun lalu.

Sementara itu, Farooq berkata, kebanyakan peniaga turut terpalit dengan situasi kenaikan kos sara hidup di Malaysia namun, strategi demi strategi terus dihasilkan agar jualan terus meningkat dapan masa sama ia tidak membebankan pelanggan.

Malah Farooq yakin dengan perluasan rangkaian outlet baru di Shah Alam dan akan datang di Johor Bahru pula, hasil pendapatan AL FARO berpotensi melebihi RM30 juta pada tahun hadapan (2024).

“Sasaran RM30 juta bukan impian kosong semata-mata tetapi penuh dengan strategi yang dibuat mengikut keadaan semasa.

Saya yakin dengan melihatkan usahasama kerajaan yang mengambil langkah proaktif menyelesaikan kemerosotan ekonomi semasa.

Apa-apapun kami tetap komited memberi sumbangan positif kepada pasaran Malaysia dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara,”

– Farooq Ahmed Khan
Gedung Pakaian Alfaro Cawangan Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi

Sementara itu, duta AL FARO iaitu aktres Fasha Sandha menyifatkan, pembukaan cawangan baru menunjukkan AL FARO berada di landasan perniagaan yang betul dan sebagai duta, dia akan terus bekerjasama dalam memajukan lagi AL FARO.

“Alhamdulillah, saya gembira melihat rangkaian baharu AL FARO di Shah Alam, dan baru-baru ini di Times Square. Bila dah tambah cawangan maksudnya perniagaan makin lama makin maju,”

– Fasha Sandha

Ditanya pula mengenai kepercayaan jenama-jenama popular yang percaya kehadiran Fasha sebagai duta dapat melariskan produk yang dijual, Fasha menyifatkan dia hanya memberi komitmen sepenuh hati kerana turut teruja dalam membantu membangunkan perniagaan yang diwakilinya.

“Jika orang kata produk yang saya pegang akan laris, syukur Alhamdulillah. Sebagai duta, seperti biasa saya akan beri lebih 100 peratus komitmen.

Saya seorang yang ‘all out’ dan pada saya bila kita tak kedekut dan bahi lebih daripada sepatutnya, ia adakah perkara yang terbaik untuk jenama itu sendiri.

“Saya mahu bekerjasama dengan jenama yang saya wakili itu bersungguh-sungguh dan secara tak langsung kita sukses Bersama,”

– Fasha Sandha
Gedung Pakaian Alfaro Cawangan Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi

Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web: www.alfaro.com.my koleksi baju Alfaro juga boleh didapati di:

FASHA SANDHA Gedung Pakaian AL FARO Cawangan Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi

Corporate Office & Alfaro Mall :

  • NO 171 Jalan Tunaku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur.
  • Berjaya Times Square
  • No 9 & 9A, Jalan Plumbum S7/S, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam.

AL FARO Outlets

  • No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Tel 03-22027762
  • NO 2.4 , Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur , Malaysia
  • Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
  • Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KAEL

Sekitar Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak di Dadi Pavilion KL

ALIFF AZIZ

Ramli MS Terkejut Aliff Aziz Ada Jiwa Leman di Konsert All Stars Gegar Vaganza