Pelakon Jasmine Suraya melakar sejarah apabila menjadi selebriti Malaysia pertama yang berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang lakonan di sebuah akademik terkemuka dunia, Lee Strasberg Theatre and Film Institute di Los Angeles.
Jasmine berkata disebabkan itu dia terpaksa berehat seketika daripada bidang seni selama setahun bagi memberi fokus pada pengajiannya yang akan bermula pada Januari tahun hadapan.
Lebih membanggakan akademik tersebut berjaya melahirkan beberapa nama besar seperti Angelina Jolie, Lady Gaga dan ramai lagi.
Jasmine berkongsi berita gembira itu ketika diitemui pada majlis makan tengah hari dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang berlangsung di Sudu House, Ampang pada Jumaat.
Berkongsi lanjut mengenai pengajiannya, aktres berusia 34 tahun itu berkata dia telah melalui proses yang agak rumit sebelum berjaya menempatkan diri di akademik tersebut.
Bakal merindui tanah air, Jasmine berkata dia akan berangkat ke Los Angeles pada Disember depan seorang diri.
Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal tampil dengan sebuah filem arahan seorang pengarah terkenal dari Hong Kong tidak lama lagi.
Selain itu, dia juga dalam fasa menyelesaikan drama bersiri Racun Rihanna yang bakal disiarkan di TV3 bersama para pelakon yang hebat seperti Rita Rudaini, Intan Najuwa dan Azah Aziz.
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.