Berita pemergian penyanyi lagu Farhana itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.
Tia atau Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu.
Isterinya merangkap pengurus, Suzan Ahmad, berkata suaminya bagai mengetahui masanya tidak panjang.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam dan perkara berkenaan disahkan oleh kakaknya, Azmah Zakaria.
Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham menderita penyakit kanser hati dan mendapat rawatan di hospital berkenaan sejak Rabu minggu lepas.
Allahyarham sebelum itu mengadu sakit perut. Hasil pelbagai pemeriksaan seperti ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan ujian terakhir, CT Scan, doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan pada hatinya.
Bersama Jinbara, Allahyarham mencipta nama menerusi beberapa lagu hits yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini, antaranya Farhana (Puteri Bumi Kenyalang).
Semalam, isterinya yang juga bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India, namun hasrat tidak kesampaian.