Thailand memang Fdak asing lagi dengan penghasilan filem-filem seram yang bermutu dan mendebarkan sehingga turut diminaF oleh para peminat filem seram di Malaysia.
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse membawa kelainan besar apabila menjadi filem seram Islamik pertama negara itu, malah filem ini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kuFpan box office sejak ditayangkan di Thailand mulai 28 September lalu.
Apa yang menariknya, filem tersebut turut tular dan menjadi sebutan di Malaysia, malah trailer rasminya sahaja sudah meraih jumlah TIGA JUTA tontonan menerusi akaun TikTok @sukafilem.
Bagi Fdak mengecewakan para peminat filem seram di Malaysia, Yusrych Global Sdn Bhd bakal membawakan filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd. dan Monwichit Entertainment ini ke pawagam seluruh Malaysia mulai 2 NOVEMBER 2023.
Pengasas Yusrych Global Sdn. Bhd., Yusry Makmor berkata, pihaknya berminat membawa masuk filem ini untuk tayangan di Malaysia apabila menyedari trailer rasminya menjadi viral sehingga Fga juta tontonan dan diperkatakan orang ramai di media sosial.
Yusry berkata, dia ada bertanya beberapa kenalan dalam industri tentang filem ini dan mereka menyarankan supaya dia membawa masuk untuk tayangan di Malaysia.
Sebelum ini, Yusrych Global Sdn Bhd berFndak sebagai penerbit dan edaran bersama untuk filem Anwar The Untold Story dan Khong-Khaek: The Djinn’s Curse menjadi filem kedua edaran syarikat berkenaan.
Sementara itu, menurut pengarah filem ini, Kriangkrai Monvichit, idea untuk menghasilkan filem ini tercetus setelah isterinya yang suka menulis skrip bersendirian mengadu yang dia sering terdengar bunyi yang aneh dan berasa bulu romanya meremang secara Fba-Fba sehingga dia terpaksa menghenFkan hasrat untuk terus menulis.
Hasil dari perbualan itu pasangan tersebut sepakat untuk menghasilkan sebuah filem seram dan akhirnya terhasil skrip filem Khong-Khaek: The Djinn’s Curse yang dibarisi oleh para pelakon hebat Thailand seperF Golf-Akara Lucas, TubFm-Anyarin Terathananpat, Mo-Amena Pinit, Marika Phraekhieocharoen, Piyarat Jatupong, ThiF Phoom-on, Sontana Chitmanee, Hakeem Dhanawicit dan Ahmad Kasemiyah Dolah.
Menurut Kriangkrai lagi, mereka mengangkat tema berkaitan jin untuk filem berkenaan kerana mahu penonton lebih memahami kesan dan akibat buruk apabila manusia meminta pertolongan ataupun bersekongkol dengan jin.
Kriangkrai juga Fdak menafikan terdapat beberapa kejadian seram dan pelik sepanjang penggambaran dilakukan.
Mengenai harapannya apabila filem ini ditayangkan di Malaysia, sebagai pengarah pasFnya Kriangkrai berharap filem tersebut mendapat sambutan hangat penonton.
“Dari sudut agama dan budaya, memang Fdak jauh berbeza dengan Malaysia. Apatah lagi kisah yang dipaparkan adalah tentang masyarakat di Selatan Thailand. Jadi, saya harap penonton Malaysia Fdak melepaskan peluang untuk menonton filem ini nanF,” ujarnya.
SINOPSIS FILEM KHONG-KHAEK: THE DJINN’S CURSE
Khong-Khaek: The Djinn’s Curse mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Win yang berhijrah bersama keluarganya ke sebuah wilayah terpencil di Selatan Narathiwat apabila merasakan yang keluarga mereka itu seperF diganggu jin.
Di sebalik mahu mencari perlindungan daripada gangguan yang dialami mereka, ternyata keluarga berkenaan terjerumus dengan bahaya yang lebih besar. Win bersama isteri dan dua anak perempuannya, Mina dan Lin masih terus mengalami gangguan yang menyeramkan.
Mampukah Win melindungi keluarga yang disayanginya daripada gangguan makhluk jahat yang penuh misteri itu? Apakah punca dan rahsia yang bakal terbongkar di sebalik gangguan- gangguan makhluk halus atau jin yang menyelubungi keluarga tersebut?