in , ,

Kad Debit & Kredit Boleh Diguna Untuk Beli Tiket MRT, LRT & Monorail

Kad debit dan kredit akan boleh digunakan untuk pembayaran perkhidmatan MRT, LRT dan Monorail

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke mengumumkan yang perkhidmatan pengangkutan awam akan menyokong sistem pembayaran terbuka (STP). Yang mana, sistem pembayaran terbuka ini telahpun digunakan di lebuh raya.

Sistem pembayaran terbuka ini membolehkan pengguna membayar perkhidmatan awam dengan menggunakan kad debit atau kredit. Sekaligus, memberikan pengguna lebih banyak alternatif pembayaran  selain ditawarkan pada ketika ini melalui kad Touch ‘n Go.

Berikutan dari itu, Prasarana dijangka akan memulakan projek pembayaran sistem terbuka ini bermula Mac 2024. Pemasangan infrastruktur ini dijangka akan mengambil masa sekitar 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk memasang 50% sistem ini di setiap stesen.

Kerajaan menyasarkan sistem pembayaran terbuka ini akan tersedia secara menyeluruh di semua stesen menjelang Ogos 2025. Lokasi yang dijangka akan menyokong sistem ini adalah Monorail, LRT Kelana Jaya, LRT Ampang, MRT Putrajaya dan MRT Kajang.

Selain itu, kerajaan turut mempertimbangkan beberapa alternatif pembayaran lain seperti pembayaran melalui imbasan kod QR dan sebagainya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AINA ABDUL

Aina Abdul Lancar Album Sulung Penuh Berjudul IMAJI Secara Digital

CelcomDigi Perkenal Pelan 5G home WiFi Baharu Pada Harga RM99