in , ,

Aina Abdul Lancar Album Sulung Penuh Berjudul IMAJI Secara Digital

Interpretasi seribu satu rasa menerusi 14 trek istimewa ciptaan Aina sepenuhnya, turut terokai pelbagai genre termasuk balada, pop & indie untuk suntik kelainan

Menjadikan kecemerlangan sebagai sandaran utama, singer-songwriter beridentiti estetik yang memiliki keampuhan vokal di kelas tersendiri, Aina Abdul terus melebarkan sayap dalam kembara seni dengan melancarkan album sulung berjudul IMAJI terbitan Aina Abdul Entertainment Sdn Bhd secara digital di sebuah Majlis Pra-Dengar dan Sidang Media yang diadakan pada 24 Oktober lalu.

Aina Abdul Lancar Album Sulung Penuh IMAJI Secara Digital

Dalam bidang penulisan puisi, IMAJI bermaksud susunan kata yang dapat memberi gambaran jelas seolah-olah efek khayalan sehingga pembaca mampu untuk turut sama merasa, melihat dan mendengar emosi sebenar yang ingin diungkapkan oleh penulis.

Oleh itu, pemilihan judul IMAJI sebagai simbolik kepada keseluruhan tema penceritaan untuk menterjemahkan seribu satu rasa bagi kesemua lagu yang dimuatkan dalam album ini dilihat cukup tepat dan sempurna kerana setiap lagu mempunyai kisah dan emosi yang ingin disampaikan.

Aina Abdul Lancar Album Sulung Penuh IMAJI Secara Digital

Album IMAJI menghimpunkan 14 buah trek istimewa hasil nukilan dan ciptaan Aina Abdul sepenuhnya termasuk single Jangan Mati Rasa Itu yang baru sahaja dilancarkan pada 25 Ogos lalu. 

Selain mengetengahkan irama balada yang sememangnya sinonim dengan Aina Abdul, album ini turut bereksperimen dengan genre yang lebih rancak seperti pop dan juga alternatif indie bagi menyuntik kelainan demi menerjah jiwa peminat.

Mengulas lanjut mengenai album IMAJI, Aina Abdul berkata, “Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, Aina akhirnya berjaya merealisasikan impian sekian lama terpendam untuk memiliki sebuah album penuh yang diinspirasikan daripada perjalanan hidup saya sendiri,”

Setiap lagu yang dihasilkan adalah intepretasi Aina terhadap emosi diri yang sarat termasuklah rasa marah, sedih, kecewa, diabaikan, dicintai, dihargai dan sebagainya

IMAJI juga adalah hadiah hari jadi paling bermakna dalam diri saya sebagai penyanyi. Penerbitan album ini bukan sahaja disifatkan sebagai sebuah kepuasan peribadi yang cukup manis buat Aina, malah ia juga adalah tanda penghargaan dan buah tangan kepada peminat setia yang sudah lama menanti kemunculan album sulung saya.

Proses penghasilan album ini juga bukan mudah. Di sebalik kecemerlangan yang berjaya dilakar, saya banyak berdepan laluan sukar sepanjang 9 tahun perjuangan untuk mengukir nama sebagai ëAina Abdulí. Jika disorot kembali, pelbagai ranjau dan duri, kritikan dan pujian yang saya terima. Aina bersyukur dengan pengalaman tersebut kerana ia bukan sahaja mematangkan, malah turut memberi kekuatan kepada diri saya untuk bekerja keras dan terus berkarya secara jujur bagi meletakkan bakat yang dianugerahkan kepada saya di tempat yang betul.

Secara peribadi, saya telah meletakkan piawaian yang tinggi untuk album ini kerana ëAina Abdulí merupakan seorang yang amat menitikberatkan soal mutu, kualiti muzik, bunyi dan gubahan dalam setiap karya ciptaan saya. Saya terlibat dalam setiap aspek pembikinan album ini demi memastikan produk akhir betul-betul berkualiti dan kena dengan cita rasa saya.

Saya berharap agar para peminat akan menyukai IMAJI seperti mana saya sendiri menyukainya. Semoga album ini dapat membantu untuk mengukuhkan lagi posisi saya sebagai komposer dan penyanyi dalam industri muzik sekaligus menjadi pencetus kepada lebih banyak karya seni di masa akan datang, Insya-Allah.

Pihak pengurusan saya sudahpun mengatur pelbagai rangka strategi untuk mempromosikan album ini yang akan dibuat secara berperingkat termasuklah mengeluarkan album IMAJI secara fizikal. Pengumuman akan dibuat dari semasa ke semasa.

Aina Abdul Lancar Album Sulung Penuh IMAJI Secara Digital

TRIVIA MENARIK MENGENAI ëIMAJIí

Tarikh hari jadi Aina Abdul iaitu pada 25 Oktober 2023 telah dipilih sebagai tarikh keramat untuk melancarkan album ëIMAJIí secara digital. Album tersebut boleh dimuat turun menerusi kesemua aplikasi penstriman atas talian seperti iTunes Stores, Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox, YouTube Music dan Deezer.

Bagi menjayakan penerbitan album ëIMAJIí, Aina Abdul turut berkerjasama dengan empat penerbit prolifik seperti Mac Chew, Jenny Chin, Ezra Kong dan Affan Mazlan.

Aina Abdul Lancar Album Sulung Penuh IMAJI Secara Digital

Album IMAJIí turut memuatkan 14 buah trek termasuk lagu Jangan Mati Rasa Itu (JMRI) yang telah terpilih sebagai lead single untuk album ini. Selain JMR, lagu-lagu lain yang turut ditampilkan termasuklah Imaji, Satu Rasa, Kamu, Puas Sudah, Sesalí, Kejam,  Bilang, Bukan Untukku, Sedia Terluka, Ini Bukan Cinta, Lost, Penat Jiwa dan Kunci.

Kesemua lagu dalam album ini ditulis sendiri oleh Aina Abdul. Walau bagaimanapun, lagu ëIni Bukan Cintaí menyaksikan kolaborasi di antara Aina Abdul bersama Ezra Kong. Untuk makluman, Aina telah menyerahkan demo lagu tersebut kepada Ezra Kong. Bagi menambah baik  lagu tersebut, Ezra kemudiannya telah memasukkan hasil nukilannya untuk bahagian verse lagu tersebut. And the rest, as they say, is history! 

Selepas ëJMRIí, lagu kedua yang akan difokuskan adalah ëPuas Sudahí. Lagu tersebut sebenarnya telah ditulis oleh Aina pada hujung tahun 2022 yang kemudian dihantar kepada Mac Chew pada sekitar Mac 2023 untuk proses seterusnya iaitu daripada segi producing, arranging dan sebagainya.

Aina Abdul Lancar Album Sulung Penuh IMAJI Secara Digital

Keseluruhan proses pembikinan album IMAJI mengambil masa kira-kira setahun untuk disempurnakan. Sepanjang proses penerbitan album ini, Aina Abdul banyak mendapat inspirasi daripada penyanyi-penyanyi tersohor seperti Lara Fabian, Michael BublÈ dan Nina Simone.

Aina Abdul sememangnya sinonim dengan lagu-lagu yang berkonsepkan balada. Bagi memberi lebih warna, lagu-lagu balada yang dimuatkan dalam album IMAJI turut diinspirasi daripada bunyian daripada Korean Ballad, Indonesian Ballad dan European Ballad.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALVIN CHONG

Mahu Dikenali Sebagai ALVN, Bakat Alvin Chong Diiktiraf Jadi Ikon Fesyen

TRAVEL

Kad Debit & Kredit Boleh Diguna Untuk Beli Tiket MRT, LRT & Monorail