Pengarah Urusan Eskayvie Kartika Wati Mohamed berkata, pembukaan pusat edaran itu bagi memenuhi keperluan penduduk Sabah agar produk dapat diperolehi dengan cepat selain pelanggan dapat menikmati penjimatan untuk kos penghantaran.
Menurutnya yang juga wanita pertama menerima Anugerah Usahawan Wanita Terbaik 2022 oleh SME Corp berkata, pihaknya menyasarkan untuk melahirkan 2000 Usahawan Eskayvie yang akan menghasilkan jualan sehingga RM10 juta setahun di
Sabah pada 2024.
“Oleh itu, penduduk Sabah perlu rebut peluang perniagaan bersama kami kerana ia 100 peratus tanpa risiko kerugian. Peluang perniagaan yang disediakan ini sangat mudah. Ia tanpa modal dan tidak perlu simpan stok. Malah, tidak perlu risau mengenai penghantaran produk kerana semuanya diuruskan oleh syarikat.
“Mereka yang ada pengalaman berniaga tetapi masih belum berjaya juga berpeluang untuk berjaya melalui bimbingan secara holistik oleh pasukan kami yang berpengalaman dalam membangunkan perniagaan sehingga ke peringkat global.
“Saya berharap inisiatif seperti ini menjadi pemangkin kepada setiap usahawan di Sabah untuk mengambil peluang yang diberikan. Peluang seperti ini tidak boleh dilepaskan begitu saja lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya,” katanya.
Pada majlis sama, Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie selaku formulator produk-produk berkualiti Eskayvie Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri turut berkongsi pandangan mengenai amalan gaya hidup sihat.
“Keseluruhan rangkaian produk ini bukan saja diformulasikan daripada bahan semula jadi, malah menggunakan bahan berkualiti premium dan berpaten dunia. Ia sangat penting bagi membantu tahap kesihatan masyarakat di Malaysia.
“Isu kesihatan di Malaysia semakin serius termasuklah berkaitan kesihatan mental yang semakin menjadi tumpuan. Jadi, penting untuk kita lakukan langkah-langkah dalam memperbaiki keadaan kesihatan kita dengan mengamalkan gaya hidup sihat melalui amalan pemakanan yang semula jadi dan berkhasiat. Pengambilan nutrisi tertentu juga diperlukan kerana ia terbukti memberi kesan positif terhadap kesihatan minda.
“Eskayvie turut memformulasikan Mindtropic dan i-Qids khusus bagi menyokong kesihatan minda yang membantu individu lebih fokus, menguatkan memori dan mengurangkan stres,” katanya.
Menurutnya, Eskayvie menawarkan pendekatan menyeluruh untuk penjagaan kesihatan dengan rangkaian produk yang merangkumi detoks, pemulihan, peremajaan, penstabilan dan imuniti.
Untuk maklumat lanjut mengenai peluang menjadi usahawan Eskayvie Nexus, layari
www.eskayvie.com atau www.eskayvienexus.my