in , ,

Halida Ramlee Peserta All Together Now Lancar Single Berjudul NYAWA

Halida Ramlee merupakan seorang penyanyi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang nyanyian.

Halida mula menyanyi di pentas seawal umur 5 tahun dan pada umur 15 tahun Halida sudah aktif menyanyi dikelab, lounge, majlis korporat sehingga sekarang. 

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berasal dari keluarga muzik, beliau mempunyai adik beradik serta arwah bapa yang merupakan pemuzik professional yang mana mereka aktif membuat persembahan sekitar Lembah Klang juga seluruh Malaysia. 

Halida menamakan Anita Baker dan Ziana Zain sebagai pengaruh terkuat dalam perjalanan kariernya sebagai seorang penyanyi. 

Halida Ramlee_Nyawa_Cover_Logo

Halida pernah meluaskan bakat beliau ke peringkat lebih komersil melalui sebuah program TV Astro iaitu ‘All Together Now’ musim kedua. 

Walaupun boleh menyanyi dalam pelbagai genre namun Halida mempertaruhkan ‘NYAWA‘ sebagai single pertamanya yang berkonsepkan ‘Pop Ballad’ sesuai dengan citarasa penggemar muzik tanahair. ‘Nyawa’ hasil karya komposer Mim Hamzah/Sternistic Mike dan liriknya ditulis oleh Mim Hamzah/Ikhwani, mempunyai melodi yang sangat unik serta lirik yang membawa maksud mendalam. 

Dengan gabungan vocal Halida yang dikatakan ‘Power House Singer’ juga kawalan dinamik yang baik ‘Nyawa’ sebuah lagu yang mempunyai “Hook Line” dijangka akan menarik minat pendengar. Ditambah pula dengan susunan muzik bercitarasa pop moden yang tidak terlalu berat diharapkan dapat diterima oleh peminat muzik tempatan.

Sebagai salah seorang dari artis baru di bawah label MAP MUSIC dan pengurusan SHORELINE RESOURCES, Halida Ramlee sangat teruja dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembikinan single “Nyawa” khususnya pihak produksi. “Nyawa” akan dapat didengari melalui Digital Streaming Platforms (Youtube,SpotifyJoox,Dll) bermula pada 25 Ogos 2023.

LIRIK LAGU NYAWA

Tajuk : NYAWA

Lagu : Mim Hamzah / Sternistic Mike

Lirik : Mim Hamzah / Ikhwani

*Verse* 

Tiada hari yang ku jalani

Tanpa kamu

Makin menyala cinta ku

Namun ada ketika terasa 

Seperti aku sendiri

 *Chorus* 

Jika benar aku separuh nyawa mu

Yakinkan aku 

Aku perlu 

Dan jika benar 

engkau separuh nyawa ku 

Buktikanlah kepada ku 

 *Verse 2* 

Mungkin kerna

Aku selalu ada dan kau 

Terbiasa

Mungkin kah harus 

Ku pergi 

Baru kau fahami dan mengerti 

 *Ulang chorus* 

 *Bridge* 

Apakah cuma 

Aku yang teruja 

Bersungguh menyuburkan rasa

 *Chorus*

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sambungkan Kehidupan Anda Dengan Galaxy Z Flip5 & Galaxy Z Fold5

Perhimpunan Kebebasan untuk Palestin Disertai Lebih 10,000 Peserta