in ,

Resorts World Genting sambut Ulang Tahun ke-58 Dengan Pelbagai Hadiah

Resorts World Genting sambut Ulang Tahun ke-58 dengan pelbagai sambutan dan hadiah selama sebulan!

GENTING RESORTS

Resorts World Genting (RWG) berusia genap 58 tahun pada Ogos ini!  Sebagai pusat peranginan bersepadu dan resort terkemuka di atas awan, RWG bersiap sedia untuk perayaan besar dengan pelbagai aktiviti menarik, promosi dan hadiah bernilai sehingga RM800,000 untuk para pengunjung.

Mendahului dalam senarai perayaan ulang tahun ini ialah pelepasan ribuan belon secara besar-besaran untuk ahli Genting Rewards di Times Square Stage, SkyAvenue Mall pada 17 Ogos! Ahli Genting Rewards boleh mendapat hadiah-hadiah hebat yang tersembunyi di dalam belon yang diturunkan dari atas pada pukul 3.00 petang!

RWG 58th anniversary balloon drop_KV_final

Antara hadiah-hadiah yang menarik untuk dimenangi termasuklah pelayaran ke Singapura 5H4M yang mengagumkan di atas Genting Dream Palace Suite; telefon pintar Honor X9a; penginapan mewah di suite Crockfords, tiket Genting SkyWorlds Theme Park, tiket konsert, baucar makanan dan minuman serta beli-belah.

Para pengunjung juga boleh nantikan persembahan istimewa dan sesi ramah mesra dengan bersalaman dengan Adiwira Highland Genting.

Jangan lepaskan peluang penuh keseronokan ini! Tanda kalendar anda dan dapatkan hadiah yang menakjubkan pada acara yang menggembirakan ini! Penebusan hadiah boleh dibuat di lokasi secara serta merta! Sila maklum bahawa syarat prakelayakan untuk menyertai acara ini ialah ahli Genting Rewards perlu menunjukkan bukti pembelian pada 17 Ogos 2023, berjumlah RM60 dalam satu resit. Pendaftaran bermula dari pukul 10.00 pagi dan pengunjung yang layak akan diberikan gelang tangan untuk masuk. Jika anda bukan ahli Genting Rewards dan ingin menyertai sambutan ini, sila daftar sekarang di rwgenting.com.

Selain itu, Resorts World Genting juga menawarkan tawaran bilik bertema ulang tahun, keseronokan taman tema, tawaran tempat makan dan tambahan Mata Ganjaran Genting – sehingga 6 kali ganda di outlet terpilih yang mengambil bahagian di seluruh resort.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Cakra Khan Live in Kuala Lumpur di Zepp KL 17 September Ini

AIFFA

Setelah Empat Tahun Selepas Pandemik, 10 Negara ASEAN Bersaing di AIFFA 2023