in , ,

“Malaysia Pun Okey!”, Travelog Perkenal Lokasi Menarik Dalam Negara   

Semangat kecintaan terhadap negara sememangnya wajar dipupuk dalam setiap hati rakyat Malaysia terutamanya dalam keterujaan menyambut Hari Kebangsaan sepanjang bulan Ogos ini.

Program ini melibatkan elemen perasaan dan emosi di mana perlu lahir dan hadir dari dalam jiwa dan hati kita sendiri. Patriotisme dilihat sebagai wadah dan platform terbaik untuk kita menguji diri sendiri sejauh mana dan sekukuh mana perasaan cinta kita terhadap tanah air tercinta.

Mungkin boleh bermula dengan persepsi mengutamakan lokasi menarik dalam negara sendiri berbanding negara luar dalam soal percutian? Untuk itu Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperkenalkan travelog terbaharu bertajuk “Malaysia Pun Okey!” mulai 22 Ogos ini, setiap Selasa hingga Khamis, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV Okey.  

“Malaysia Pun Okey!”, Travelog Perkenal Lokasi Menarik Dalam Negara

Bersiaran sepanjang 13 episod, program ini menampilkan pelakon sedang meningkat naik Alif Muhaimin sebagai hos. Menawarkan 13 lokasi berbeza, penonton akan dibawa mengembara sebagai ‘back packer’ ke seluruh Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta memberi tips perjalanan berguna untuk perkongsian semua. 

Menariknya pemilihan lokasi travelog inimemperkenalkan tigadestinasi indah di Semenanjung Malaysia termasuklah di Pulau Langkawi, Kedah, Kuala Terengganu dan Kuantan, Pahang iaitu meneroka keindahan Pulau Tioman. 

Kunjungan ke Pulau Langkawi akan membawa Alif mengembara sambil melakukan pelbagai aktiviti air yang ada di Langkawi. Manakala pengembaraan ke Kuala Terengganu pula Alif berpeluang mencuba pelbagai aktiviti air dan darat yang agak mencabar. Dalam episod terakhir untuk Alif mengembara di Semenanjung Malaysia, Alif memilih Pulau Tioman sebagai destinasi terakhir sebelum meneruskan pengembaraan ke Sabah.

Malaysia Pun Okey! turut menawarkan enam lokasi indah di Negeri Sabah di Bawah Bayu bermula dengan destinasi percutian di Tenom yang terkenal sebagai pusat pengeluaran kopi. Menarik sebenarnya kerana Tenom kaya dengan pelbagai tempat menarik yang sesuai bagi anda yang meminati keindahan alam semula jadi dan ingin melihat pelbagai jenis haiwan di sini.  

“Malaysia Pun Okey!”, Travelog Perkenal Lokasi Menarik Dalam Negara

Episod kelima Alif memilih Kota Belud sebagai lokasi. Kota Belud sesuai untuk pengembara

yang cintakan keindahan alam semulajadi. Alif meneruskan pengembaraan ke Kundasang yang merupakan kawasan tanahtinggi di Sabah dan merupakan terkenal sebagai kawasan tarikan pelancong. Episod keenam pula Alif akan singgah ke Ranau yang berkedudukan hanya di sebelah Kundasang. Alif akan melakukan aktiviti yang ekstrem di sana.

Dua lagi lokasi diperkenalkan di Sabah iaitu Kudat dimana Alif teringin mengunjungi ke laut Sabah dan sebagai penutup bagi episod Sabah, Alif memilih laut tercantik di Malaysia iaitu Semporna sebagai lokasi terakhir Alif di Sabah sebelum meneruskan pengembaraan ke Sarawak.

Kunjungan ke Sarawak Alif memilih lokasipertama iaitu kawasan Tanah Tinggi Kelabit, Bario. Ia merupakan kawasan yang sangat tidak dapat diakses. Sebut sahaja Bario, pasti terbayang keindahan perkampungan di pertengahan Tanah Tinggi Kelabit di timur laut Sarawak. Untuk ke perkampungan yang turut dikenali sebagai ‘Land Of A Hundred Handshake’ ini, pengunjung perlu menaiki kapal terbang dari Lapangan Terbang Miri. Berbanding melalui jalan darat yang boleh mengambil masa selama lebih kurang 12 jam perjalanan. Biarpun begitu, Bario tetap antara destinasi pilihan pelancong tempatan dan luar negara yang berkunjung ke Sarawak.

Seterusnya dikongsikan momen perjalanan indah Alif ke Miri bagi misi mencari air terjun yang cantik yang ada di Sarawak. Dua episod akhir dinoktahkan Alif mengunjungi Kuching, Sarawak dimana Alif mencari “hidden gems” Sarawak yang masih belum diketahui oleh pengembara-pengembara di Malaysia. Ia diakhiri dengan percubaan pengembaraan Alif melakukan aktiviti mendaki Gua Silabur.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TAPAU FEST

Bintang Indie Bersinar di Lenggong Sempena TAPAUFEST 2023 

Sinopsis Drama iQIYI Original Rampas Cintaku 2 Lakonan Fasha Sandha