Menurut Sophia atau nama penuhnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, dia mahukan seorang lelaki yang bertanggungjawab dan memahami kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Sophia berkata demikian selepas ditemui dalam sidang media pelancaran filem Harimau Malaya: The Untold Journey di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada Selasa.
Filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu akan dibintangi barisan pelakon terkenal dan Sophia merupakan antara salah seorang daripadanya.
Pelakon berusia 30 tahun itu berkata, dia teruja untuk berkerja bersama Afdlin kerana sudah lama dia ingin bekerja bersama pengarah yang hebat itu.
Ketika ditanya mengenai kehadirannya ke All Stars Gegar Vaganza (GV 10), Sophia berkata sememangnya dia hadir ke program itu atas jemputan sepupu, Aisha Retno bagi minggu ketiga.
Dia juga menjelaskan bahawa dia tidak kisah untuk kembali dan menonton GV 10 di masa hadapan kerana baginya ia bukanlah isu untuk menonton mana-mana program hanya kerana peserta yang bertanding.
Sementara itu, Sophia memaklumkan dia baru sahaja selesai menjalani pengambaran filem bergenre sains fiksyen berjudul Abu Si Raksasa terbitan MToons Media.