in , ,

Shila Amzah Nafi Halau Ibu, Mahu Jual Rumah Untuk Cari Tempat Lebih Baik

Shila Amzah Nafi Halau Ibu & Adik-Beradik, Hanya Mahu Jual Rumah Untuk Cari Kediaman Lebih Baik

Penyanyi popular, Shila Amzah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia menghalau ibu dan adik-beradiknya dari rumah yang didiami sekarang. 

Shila berkata, dia mahu menjual kediaman banglo yang didiami keluarganya kerana ingin mencari kediaman yang lebih selesa.

“Rumah yang keluarga saya tinggal itu nama saya. Jangan risau, tiada siapa halau keluarga.  Saya kini pikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga, saya nak jual rumah itu supaya saya boleh beli rumah yang lebih baik untuk mereka.  

“Rumah itu penuh dengan elemen-elemen kehidupan lalu yang tak elok, dengan kisah silam mungkin kita tak nak ingat. Bila ibu bapa bercerai, rumah itu ada kenangan yang tak menarik,” jelasnya.

Shila menjelaskan, rumah yang didiami sekarang juga sangat besar iaitu 9,000 kaki persegi yang dilengkapi tujuh bilik serta Boleh memuatkan tiga biji kereta. 

Ujarnya, ahli keluarga yang tinggal di kediaman tersebut hanya lima orang dan tiada orang gaji yang boleh menguruskan rumah itu.

Pada masa sama, Shila berkata, bagi memastikan keluarganya mendapat keselesaan yang lebih baik dia akan mencari rumah sewa untuk keluarganya.

“Jangan risau, saya akan cari rumah sewa untuk mereka. Saya sedang mencari kondominium untuk ibu dan adik-beradik duduk sebab boleh ada kehidupan dan persekitaran yang lain. Saya nak cari yang lagi selesa, senang nak kemas,” katanya.

Dalam masa sama, Shila menegaskan dia terpaksa menggunakan kuasa veto memandangkan dia kini bertindak sebagai ‘ketua keluarga’.

“Benda ni sangat jelas. Tidak ada salah faham. Tak ada peringkat nak berbincang antara kami sebab saya dah buat kuasa veto. Saya cakap nak jual sebab orang yang nak menguruskannya itu muka ini.

“Kenapa saya yang bersalah sedangkan saya nak bagi yang terbaik untuk keluarga saya. Orang kat luar sana mungkin ingat saya ini anak tak bertanggungjawab, tapi bila dalam rumah ini tak ada yang boleh buat keputusan secara dewasa,” ujarnya.

Sebelum ini, heboh di media sosial apabila adiknya, Syada memuat naik status mempersoalkan mengapa rumah yang didudukinya bersama ibu mahu dijual. 

Shila bagaimanapun memberi teguran berdasarkan hantaran di Instagram Story untuk tidak menceritakan hal keluarga di media sosial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Risau Terkenang Keadaan Anak Angkat di Palestin

Harimau Malaya : The Untold Journey Jadi Masterpiece Afdlin Shauki