in , ,

Finale Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah

Terbuka kepada semua sekolah-sekolah Tamil di seluruh Negeri Kedah, ternyata acara ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari sekolah Tamil di seluruh negeri Kedah.

Masih ingat tak dengan acara Pertandingan Tarian Tradisional Rakyat Malaysia Antara Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Kedah yang Budiey siarkan baru-baru ini? Pejam celik pejam celik acara ini telah pun sampai ke pusingan akhir yang akan menentukan pemenang!

Setelah para peserta mempamerkan bakat pelajar dalam seni tarian tradisional. Masing-masing telah pun melakukan persembahan terbaik untuk merebut hadiah dan wang tunai bernilai RM10,000 yang disediakan oleh penganjur.

Finale Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Event Producer, Dr. Latcha Perrabu Rajagopal, Founder of SNMW, KIFA, Persatuan Kebudayaan Seniman Sivaji Kedah

Berikut adalah butiran mengenai peringkat akhir Pertandingan Tarian Tradisional Rakyat Malaysia Antara Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Kedah:

Tarikh : 6 Oktober 2023 ( Jumaat )

Masa : 5.00 pm – 11.00pm

Tempat : Dewan Peringatan Gandhi, Sungai Petani, Kedah.

Pertandingan akhir ini dijangka akan menjadi acara spektakuler ini bakal memberi kesan yang positif serta  membawa bersama komuniti pelajar Tamil dari seluruh Negeri Kedah dalam usaha untuk mempromosikan kebudayaan dan warisan tarian tradisional Malaysia.

Tahniah buat semua pasukan tarian dari sekolah-sekolah yang berjaya ke Pusingan Akhir dan jenis tarian mengikut giliran berikut: 

1. Sjkt. Kalaivani – Zapin ( Melayu )

2. Sjkt. Saraswathy – Karagaattam ( India )

3. Sjkt. Bedong – Kipas ( Cina )

4. Sjkt. Taman Keladi – Limbai ( Sabah )

5. Sjkt. Ko.Saranggapani – Senandung ( Sarawak )

6. Sjkt. Lubok Segintah – Inang ( Melayu )

7. Sjkt. Kulim – Mayilaattam ( India )

8. Sjkt. Ladang BMR – Payung ( China )

9. Sjkt. Arumugam Pillai – Daling Daling ( Sabah )

10. Sjkt. Ganesar – Bidayuh ( Sarawak )

Pertandingan yang memartabatkan seni tari tradisional ini adalah sebuah acara yang dijadualkan dengan teliti dan akan menyaksikan penyertaan pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah Tamil di seluruh Negeri Kedah. 

“Sila ambil perhatian dengan teliti. Amalkan dengan lebih ikhlas. Anda boleh merujuk tentang SEMUA tarian ini di YouTube.

– Dr. Latcha Perrabu & Team

Pelajar akan bersaing dalam kategori tarian tradisional yang pelbagai, termasuk tarian joget, tarian zapin, tarian inai, dan banyak lagi. Setiap kumpulan akan membawa bersama penari-penari berbakat mereka untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam mempersembahkan tarian-tarian yang mengasyikan dan mengagumkan.

Selain daripada persaingan tarian yang sengit, Pertandingan Tarian Tradisional Rakyat Malaysia Antara Sekolah Tamil Negeri Kedah ini juga akan menyediakan peluang kepada pelajar untuk meluahkan kreativiti dan semangat berpasukan mereka. 

Ia adalah platform yang hebat untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar Tamil di Negeri Kedah dan untuk meraikan kekayaan budaya Malaysia yang pelbagai.

Acara pusingan akhir ini akan disemarakkan lagi dengan kehadiran juri-juri terkenal dalam dunia seni tari Malaysia yang akan menilai prestasi setiap kumpulan dengan teliti. 

Hadiah-hadiah menarik, trofi dan wang tunai bernilai RM10,000 akan diberikan kepada kumpulan-kumpulan terbaik dalam pelbagai kategori.

Pertandingan Tarian Tradisional Rakyat Malaysia Antara Sekolah Tamil Negeri Kedah adalah sebuah acara yang disusun untuk mempromosikan dan memartabatkan warisan budaya Malaysia dalam kalangan generasi muda. 

“Kami mengalu-alukan semua individu dan keluarga untuk hadir dan menyokong acara ini. Marilah kita bersama-sama meraikan keindahan seni tari tradisional Malaysia,”

– Wakil penganjur.
Yang Berbahagia Tuan Mohd Amran Bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Yang Berbahagia Puan Sabarina Binti Masadi,
Foto dari kanan: Yang Berbahagia Tuan Mohd Amran Bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Yang Berbahagia Puan Sabarina Binti Masadi.

Antara yang akan hadir memeriahkan dan menyerikan lagi acara ini ialah Yang Berbahagia Tuan Mohd Amran Bin Mohd Haris, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Yang Berbahagia Puan Sabarina Binti Masadi, Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kedah, YB Taufik – Ahli Parlimen Sungai Petani, YB Bau – ADUN Sidam. 

YB Taufik - Ahli Parlimen Sungai Petani
FOTO DARI KANAN: Yang Berhormat Taufik – Ahli Parlimen Sungai Petani & Yang Berhormat Bau – ADUN Sidam

Acara ini akan diadili oleh juri-juri yang profesional antaranya, En. Shankar, Cik Keshavarthini, Dato RS Manimaran, En. Balan dan En. Aghonderan.

Acara ini akan diadili oleh juri-juri yang profesional antaranya, En. Shankar, Cik Keshavarthini, Dato RS Manimaran, En. Balan dan En. Aghonderan.
Juri-juri profesional yang akan mengadili pertandingan peringkat akhir ini antaranya, En. Shankar, Cik Keshavarthini, Dato RS Manimaran, En. Balan dan En. Aghonderan.
Finale Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah
Juri Peringkat Akhir
Finale Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah

Bagi maklumat lanjut mengenai Pertandingan Tarian Tradisional Rakyat Malaysia Antara Sekolah Tamil Negeri Kedah ini, sila hubungi:

DR.LATCHA PERRABU PHD: 0164356900 

VIKNESWARAN: 0164509539

Finale Pertandingan Tarian Tradisional Antara SJK Tamil Negeri Kedah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dua Dekad Jadi Penyanyi, Siti Nurhaliza Pasang Impian Buka Galeri Khas 

SAMSUNG S23 FE

Samsung Galaxy S23 FE Kini Rasmi Dengan Snapdragon 8 Gen 1 & Exynos 2200