in

Berstatus Jutawan, Khairul Aming Hanya Ada Pinjaman Kereta Bezza

Siapa je yang tak kenal dengan pempengaruh media sosial Khairul Aming yang terkenal dengan trademark, “Hey What’s Up Guys”.

Siapa je yang tak kenal dengan pempengaruh media sosial Khairul Aming yang terkenal dengan trademark, “Hey What’s Up Guys”.

Baru-baru ini, Khairul Aming mendedahkan perniagaan Sambal Nyet yang diusahakannya 3 tahun lalu sudah mencapai jualan sebanyak RM 33.5 juta, bersamaan dengan 2.4 juta botol sambal.

Pergh, dengan jualan sebanyak ini mesti ramai yang membayangkan kehidupan mewah pempengaruh ini kan?

Tetapi sebaliknya berlaku apabila usahawan ini mendedahkan dia hanya ada pinjaman kereta Perodua Bezza.

Kata Khairul Aming lagi, dia juga belum mempunyai rumah dan tidak berminat untuk membeli kereta mewah.

Usahawan ini lebih mementingkan aset yang ada di dalam kilang iaitu mesin yang bernilai jutaan ringgit. Mesin-mesin itu semua sudah dibayar penuh tanpa hutang.

Untuk perancangan masa hadapan, Khairul Aming berkata andai kata situasi buruk berlaku, barangan di dalam kilang boleh dijual semula oleh ahli keluarganya. ini

memang memberi inspirasi dan contoh kepada anak muda di luar sana. Janganlah pula mengamalkan gaya hidup ‘biar papa asal bergaya’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

sunway putra mall

Friedchillies & Sunway Putra Mall Anjur Acara Top Viral Food Festival 

ILM: Animasi Sains Fiksyen Islamik Pertama di Dunia Bakal Dilancar Oleh Durioo+