in , ,

ZING Eat & Les’ Copaque Lancar Pengalaman Santapan Maya Upin & Ipin

Karyabudi Mohd. Aris (Pengarah dan Ketua Pemasaran Antarabangsa, Les’ Copaque Productions) bersama Eu-Jinn Chan (Naib Presiden, ZING Eat Sdn. Bhd.) di Ibu Pejabat Les’ Copaque Productions di Shah Alam.

Dalam gandingan luar biasa yang menggabungkan inovasi kulinasi dengan harta intelek Malaysia yang ikonik, ZING Eat Sdn. Bhd. dan Les’ Copaque Productions telah menandatangi lembaran terma sebagai langkah pertama ke arah kerjasama mewujudkan rangkaian jenama santapan maya “Upin & Ipin” yang menarik.

ZING Eat Sdn. Bhd. (“ZING”) adalah Syarikat Makanan dan Teknolog, yang berdedikasi untuk merevolusikan landskap kulinari menerusi pengalaman berpacukan teknologi dan langkah-langkah yang inovatif.

ZING Eat & Les’ Copaque Lancar Pengalaman Santapan Maya Upin & Ipin

Sebagai pelopor dalam industri Makanan & Minuman (F&B), ZING menerajui penggunaan AI Generatif untuk mengubah cara jenama F&B beroperasi dan berinteraksi dengan pelanggan mereka.

“Mewujudkan jenama makanan maya yang melingkungi dunia ‘Upin & Ipin’ merupakan peluang yang sangat baik,”
“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Les’ Copaque dalam meneroka ruang kreativiti dan inovasi baharu dengan jenama tempatan kesayangan ramai ini.”

– Eu- Jinn Chan, Naib Presiden ZING.

Pencipta “Upin & Ipin”, Les’ Copaque Productions (“Les’ Copaque”) adalah penjana kreatif dalam industri animasi, cukup terkenal dengan animasi 3D luar biasanya yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Berbekalkan legasinya yang mencecah dua dekad, Les’ Copaque konsisten menghasilkan karya menarik yang merentasi sempadan budaya.

Melalui ciptaan ikonik mereka, Les’ Copaque membina reputasi dalam menghasilkan watak-watak yang bukan sahaja menghiburkan malah memberi pengajaran hidup yang bermakna. 

“Siri ‘Upin & Ipin’ pada dasarnya berteraskan masyarakat, kepelbagaian, dan kekeluargaan,” jelas Karyabudi Mohd. Aris, Pengarah & Ketua Pemasaran Antabangsa Les’ Copaque. “Kerjasama kami dengan ZING Eat merupakan perkara yang menarik kerana kami melihat kepada cara baharu untuk berinteraksi dan melayani peminat ‘Upin & Ipin’ baik yang muda mahupun tua. Bersama-sama, kami berhasrat untuk mencipta jenama makanan yang bukan sahaja menghidangkan sajian lazat tetapi turut menjiwai identiti watak ‘Upin & Ipin’.”

Jenama maya ‘Upin & Ipin’ akan berlabuh di 11 ZING Foob Hubs – pusat simpanan dan pengedaran dalam talian dan luar talian yang terletak di lokasi strategik di seluruh Lembah Klang. Pelanggan akan mendapat akses kepada jenama maya ini melalui platform Penghantaran Pihak Ketiga ZING – GrabFood, foodpanda, dan ShopeeFood. Selain itu, memandangkan ZING menawarkan perkhidmatan katering untuk rakan jenama sedia ada, maka perkhidmatan katering yang disesuaikan dengan jenama ‘Upin & Ipin’ juga sedang diusahakan untuk memberi pengalaman jenama ini kepada pelanggan tanpa mengira lokasi.

Usaha niaga yang menarik ini meletakkan standard baharu bagi persilangan antara makanan dan hiburan, yang mewujudkan satu lagi lokasi untuk keluarga, penggemar makanan (kaki makan), dan peminat menikmati sajian berkualiti sambil merasai keunikan dunia ‘Upin & Ipin’. Tambahan pula, bertepatan dengan rancangan ZING untuk melebarkan sayapnya ke pasaran asing, jenama maya ‘Upin & Ipin’ ini akan diperkenalkan di Singapura, Indonesia, dan kawasan lain pada masa hadapan.

Tentang ZING Eat Sdn. Bhd.

ZING Eat Sdn. Bhd. adalah Syarikat Makanan dan Teknologi yang menerajui transformasi industri F&B. Dengan memanfaatkan kuasa AI Generatif dan solusi berpacukan teknologi, ZING Eat berusaha membentuk semula operasi, meningkatkan pengalaman pelanggan, dan memperkasakan pemilik jenama F&B dalam pasaran yang dinamik.

Laman web: https://zingventures.co/ 

Tentang Les’ Copaque Productions Sdn. Bhd.

Les’ Copaque Productions tampil sebagai penggerak kreatif dalam bidang animasi, terkenal kerana menghasilkan animasi 3D berkualiti tinggi yang menjangkau pasaran antarabangsa. Ciptaan unggul mereka, “Upin & Ipin”, menyajikan pengajaran hidup yang tidak ternilai melalui pengembaraan adik beradik kembar, yang memikat penonton di seluruh dunia.

Laman web: https://lescopaque.com/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RUHIL

Ruhil Amani Akhirnya Mengaku Sudah Bercerai Sejak Tahun 2019

sunway putra mall

Friedchillies & Sunway Putra Mall Anjur Acara Top Viral Food Festival