in , ,

Jelajah Piala Malaysia Sebarkan Kegembiraan ke Seluruh Negara 

‘Jelajah Piala Malaysia’ dilancarkan secara rasmi pada hari ini, menandakan jelajah trofi berprestij Piala Malaysia ke lima lokasi terpilih di seluruh Malaysia.

Jelajah ini dibawakan oleh Pos Malaysia (rakan logistik rasmi, penghantaran & fulfillment), AEON BiG (pasar raya besar rasmi), Minyak Masak ALIF (minyak masak rasmi) dan BubblesO2 (air minuman rasmi) dengan kerjasama Malaysian Football League (MFL) akan menyaksikan trofi dipamerkan di lima lokasi dari 15 September hingga 3 Disember 2023. Kerjasama ini bukan sahaja menandakan komitmen bersama terhadap semangat kesukanan tetapi juga menetapkan asas untuk acara yang hebat – Perlawanan Akhir Piala Malaysia pada 9 Disember, yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang ikonik. 

Jelajah ini bermula di AEON BiG Wangsa Maju di Kuala Lumpur sebelum menuju ke empat pasar raya besar AEON BiG terpilih yang lain, dengan menawarkan peluang untuk menyaksikan trofi Piala Malaysia kepada orang ramai di seluruh Semenanjung Malaysia, serta melibatkan diri dalam permainan interaktif dan aktiviti menarik bersama rakan kongsi MFL. Selain itu, peminat juga boleh menjangkakan sesi bertemu dan bersalaman dengan pemain kegemaran mereka di setiap lokasi jelajah. 

Jelajah Piala Malaysia Sebarkan Kegembiraan ke Seluruh Negara

Datuk Stuart Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL) berkata, “Bagi pihak Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, dan Ahli Lembaga Pengarah, kami berbesar hati mengalu-alukan kerjasama penaja Liga Malaysia 2023 – Pos Malaysia, AEON BiG, Minyak Masak ALIF dan BubblesO2. Mereka menganjurkan Jelajah Piala Malaysia, satu aktiviti menarik yang menambahkan lagi persaingan antara kejohanan tertua di Asia. Kejohanan ini kini telah memasuki peringkat suku akhir. 

“Jelajah ini bukan sahaja mempromosikan kejohanan tetapi juga memberi peluang kepada peminat untuk melihat piala itu secara lebih dekat. Kerjasama antara penaja Liga Malaysia 2023 ini juga mempamerkan hubungan kerjasama yang sangat baik antara mereka. Ini mengukuhkan lagi jenama masing-masing di platform Liga Malaysia. 

“Kami menggalakkan peminat bola sepak untuk merebut peluang menyaksikan trofi Piala Malaysia yang disanjungi, yang kaya dengan sejarah. Dahulunya dikenali sebagai Piala HMS Malaya, kejohanan itu bermula pada 1921 dan dinamakan semula sebagai Piala Malaysia pada 1967. Semasa Jelajah Piala Malaysia, peminat boleh melihat trofi kedua yang digunakan untuk kejohanan itu sejak 1978.” 

Fiona Liao, Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi dan Kelestarian Pos Malaysia berkata, “Pos Malaysia berbesar hati dilantik sebagai rakan logistik rasmi, penghantaran dan fulfillment untuk Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia musim ini. Peranan penting kami dalam acara sukan berprestij ini adalah bukti yang jelas dalam kepercayaan dan keyakinan MFL yang diberikan kepada kami. Kami telah diamanahkan dengan tanggungjawab yang besar untuk menguruskan logistik dari mula hingga akhir, terutamanya untuk kargo bernilai kerana Piala FA dan Piala Malaysia menggariskan kepercayaan yang mendalam yang dimiliki pihak berkepentingan terhadap keupayaan kami untuk menyampaikan kecemerlangan secara konsisten. 

“Kerjasama ini berfungsi sebagai penegasan semula komitmen kami untuk mengekalkan piawaian yang tertinggi dalam logistik, memupuk kepercayaan, dan bekerja sebagai satu pasukan untuk menggembirakan pelanggan di acara sukan yang luar biasa ini. Malah, Tinjauan Cabaran Kurier baru-baru ini yang dijalankan oleh SKMM, Pos Malaysia dinilai sebanyak 96% yang mengagumkan untuk Prestasi Penghantaran Terjamin berbanding purata industri sebanyak 78%. Sebagai sebuah organisasi yang bersemangat membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang, kami komited untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada orang ramai,” tambahnya. 

Sheikh Farouk, Pengarah Urusan AEON BiG (M) Sdn Bhd berkata, “Kami berbesar hati kerana AEON BiG akan menjadi tuan rumah Piala Malaysia yang legenda sebagai salah satu rakan strategik untuk Jelajah Piala Malaysia. Kami gembira pelanggan kami akan dapat saksikan trofi bersejarah ini secara dekat dan peribadi di pasar raya terpilih kami. 

“Kami sangat percaya dengan inisiatif kerjasama dengan rakan kongsi perniagaan kami yang akhirnya akan memberi manfaat kepada pelanggan setia kami. Kerjasama dengan MFL dan rakan kongsinya akan membolehkan kami membangunkan ekosistem kecil kami sendiri yang boleh dimanfaatkan oleh semua orang. Kami kini boleh memanfaatkan lagi hubungan rapat ini dan menawarkan tawaran kreatif, disesuaikan dan berbeza untuk peminat bola sepak Malaysia. Tidak dinafikan, kami berbangga dapat bekerjasama dengan organisasi yang dihormati seperti Pos Malaysia, Sime Darby Oils dan BubblesO2 untuk Jelajah Piala Malaysia,” tambahnya. 

Menurut Muhammad Rahimi Abdullah, Ketua Sime Darby Oils Professional, kerjasama antara ALIF dan MFL yang bermula sejak tahun lepas begitu hebat dengan kehadiran peminat bola sepak tempatan yang hampir 30,000 pengunjung terlibat dalam aktiviti menarik yang dijalankan di zon pengaktifan ALIF di stadium semasa 22 perlawanan terpilih berlangsung. Penglibatan yang luar biasa ini membantu meningkatkan nama ALIF dengan hebat di media sosial, mencapai tahap tertinggi baharu 3 juta penonton untuk siaran berkaitan MFL. 

“Jenama ALIF mewakili ciri terbaik minyak sawit Malaysia yang dihasilkan secara lestari. Bekerjasama dengan rakan kongsi runcit yang terkenal AEON BiG bersama-sama dengan MFL akan membantu kami berkongsi kebaikan ALIF dengan lebih jauh lagi dengan khalayak pengguna Malaysia yang pelbagai. Kami benar-benar teruja untuk terus menyokong sukan kegemaran Malaysia dengan mendekatkan ALIF, pasukan bola sepak Malaysia dan peminat mereka,” kata Muhammad Rahimi. 

Semasa acara pelancaran, Sime Darby Oil memperkenalkan Minyak Masak ALIF edisi terhad baharu dalam pek EcoPax MFL 3kg, menampilkan pemain bola sepak Malaysia yang terkenal dan akan tersedia di kedai runcit dalam tempoh kempen. 

Menurut Muhammad Rahimi, pengenalan Minyak Masak ALIF edisi terhad dalam pek EcoPax MFL juga sejajar dengan komitmen syarikat untuk menyampaikan produk berkualiti untuk pelbagai pengguna dan gaya hidup di Malaysia, termasuk gaya hidup moden isi rumah bandar. 

“Dengan penglibatan berterusan jenama itu dalam Liga Malaysia, kami menjangkakan pembungkusan edisi terhad baharu itu akan menambah daya tarikan ALIF kepada peminat bola sepak tempatan, merentasi segmen semasa pengguna utama ALIF,” tambah Muhammad Rahimi. Minyak Masak ALIF diperkaya dengan Vitamin D3 yang membantu meningkatkan sistem imun dan secara semulajadi mengandungi Tocotrienol. Minyak Masak ALIF boleh didapati dalam bungkusan 5kg, 3kg, 2kg dan 1kg.” 

Mohd Zaffarin bin Abdul Ghaffar, Pengarah Perhubungan Awam, BubblesO2 Sdn. Bhd. 

berkata, “BubblesO2 teruja untuk menjadi sebahagian daripada Jelajah Piala Malaysia. Sebagai air minuman mineral rasmi, jelajah ini menekankan komitmen kami untuk mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan pada skala tempatan dan global. Ia juga sejajar dengan misi kami untuk menyediakan air mineral beroksigen semula jadi yang menonjol sebagai pilihan yang unik dan menyegarkan untuk pengguna. Dengan kemunculan kami sebagai penaja air mineral rasmi MFL, kami telah berjaya mendapat perhatian orang ramai. BubblesO2 berada pada kedudukan yang baik sebagai jenama pilihan untuk gaya hidup sihat dan sukan dengan kerjasama ini.” 

Peminat bola sepak dan orang ramai dijemput untuk berkunjung ke lima lokasi dan menyertai peraduan khas untuk berpeluang memenangi dua Pas Suite Korporat dan 10 Pas Premium MFL untuk menyaksikan perlawanan Akhir Piala Malaysia pada 9 Disember ini. 

Orang ramai juga boleh mendapatkan gambar mereka dicetak pada setem dengan melakukan transaksi minimum RM20 dengan Pos Malaysia, atau dengan membeli 1 pek minyak masak ALIF 3kg dan 2 botol air minuman BubblesO202 800ml. 

Jelajah Trofi Piala Malaysia akan berlangsung pada tarikh dan lokasi berikut: 15 hingga 17 September – Kuala Lumpur (AEON BiG Wangsa Maju)

22 hingga 24 September – Perak (AEON BiG Falim, Ipoh)

20 hingga 22 Oktober – Pahang (AEON BiG Kuantan) 

3 hingga 5 November – Selangor (AEON BiG Shah Alam atau Klang)

1 hingga 3 Disember (AEON BiG Batu Pahat) 

Tentang Malaysian Football League (MFL) 

Malaysian Football League (MFL) ditubuhkan dengan matlamat untuk menswastakan liga bola sepak profesional di Malaysia. MFL sebelum ini dikenali sebagai Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP). MFL mengendalikan enam pertandingan iaitu Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, MFL Challenge Cup, Piala MFL dan Piala Sultan Haji Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih). 

Dengan visi untuk menjadikan sukan bola sepak menjadi kebanggaan negara, usaha MFL untuk melakukan transformasi dalam bola sepak Malaysia berdasarkan empat elemen; perlawanan kompetitif di dalam semua pertandingan, perkembangan komersil yang positif, kerjasama yang kuat dengan pihak yang berkepentingan dan meningkatkan tahap profesionalisme serta integriti di dalam pasukan dan pengurusan liga. 

Tentang Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) 

Pos Malaysia ialah penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional serta pemegang lesen tunggal untuk perkhidmatan pos sejagat di Malaysia. Dengan sejarah lebih 200 tahun, Pos Malaysia telah berkembang daripada hanya menyediakan perkhidmatan penghantaran mel dan bungkusan tradisional kepada penawaran produk serta perkhidmatan runcit, logistik dan penerbangan. Pos Malaysia juga telah beralih daripada syarikat mel yang menghantar bungkusan kepada syarikat penghantaran bungkusan yang turut menghantar mel. 

Pos Malaysia mempunyai capaian jarak jauh yang paling luas, menghantar kepada lebih daripada 11 juta alamat di seluruh negara. Pos Malaysia turut menyediakan rangkaian runcit yang paling komprehensif melalui 3,800 titik sentuh di seluruh negara. 

Pos Malaysia adalah hak milik majoriti syarikat konglomerat DRB-HICOM Berhad. 

Tentang AEON BiG 

AEON BiG (M) SDN. BHD. kini mengendalikan 21 pasar raya besar di bawah nama dagangan ‘AEON BiG’ di Malaysia. Ia menawarkan pelbagai pilihan dengan nilai yang hebat. Pengambilalihan itu adalah sebahagian daripada rancangan Kumpulan AEON untuk mengembangkan perniagaan di Asia Tenggara dan mengembangkan lagi operasi Asean mereka. 

Berpandukan falsafah ‘Pelanggan Didahulukan’, pemahaman mendalam syarikat tentang keperluan sasaran pasaran, dibantu oleh gabungan produk yang optimum, AEON mengatasi jangkaan pengguna dan meningkatkan pengalaman mereka setiap kali mereka membeli-belah. 

Dengan semangat nama AEON, yang bermaksud keabadian dalam bahasa Latin, matlamat AEON adalah untuk bekerjasama dengan pelanggan, pembekal, rakan kongsi perniagaan, pemegang saham dan komunitinya untuk mencipta masa depan dengan kemungkinan tanpa had. 

Tentang ALIF 

Minyak Masak ALIF ialah minyak sawit Malaysia yang dihasilkan secara lestari yang boleh didapati di kebanyakan kedai runcit terkemuka di seluruh negara. Produk berkualiti dengan jenama isi rumah yang terkenal, Minyak Masak ALIF diperkaya dengan Vitamin D3 yang membantu meningkatkan sistem imun dan secara semula jadi mengandungi Tocotrienol. Rangkaian ini boleh didapati dalam bungkusan 5kg, 3kg, 2kg dan 1kg. 

Tentang BubblesO2 

Air Mineral semula jadi BubblesO2 mengandungi oksigen secara semula, dengan paras oksigen terlarut yang tinggi muncul dari air bawah tanah di hujung ekor Banjaran Utama Semenanjung selepas melalui batuan terluluhawa selama bertahun-tahun. Akuifer ini sangat kaya dengan oksigen, menghasilkan gelembung oksigen semula jadi yang unik dan jernih berkilauan apabila ia dibotolkan terus ke sumbernya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASTRO

Astro Lancar SYOK & My Astro di Ultra Box, Ada 14 Aplikasi Premium

Caprice Cabar Ebit Lew Hantar Segera Surat Saman Terhadap Mondy Tattoo