in , ,

Aina Abdul Pernah ‘Down’ Dikecam Harga Tiket Konsert Dikatakan Mahal

Aina Abdul mengakui dia pernah berasa ‘down’ apabila mendapat kecaman ramai pihak apabila harga tiket konsertnya sebelum ini dikatakan mahal.

Aina berkata, dia sendiri tidak menyangka perkara tersebut dikecam, malah apa yang lebih mengecewakan apabila harga tiket konsertnya, A Night With Aina Abdul 2.0 dibandingkan dengan harga tiket penyanyi antarabangsa.

“Apabila ramai yang membandingkan harga tiket konsert saya dengan artis luar negara, saya rasa jadi tak senang.

“Ketika itu pun saya tak boleh nak buat apa-apa. Memang agak rasa ‘down’ juga ketika itu sebab ada yang membandingkan harga tiket konsert saya dengan artis luar negara yang membuat persembahan di Malaysia,”

Aina berkata demikian ketika ditemui semasa sidang akhbar konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Starhill, Bukit Bintang semalam.

Pada tahun lalu, penyanyi berkenaan mendapat kecaman ramai pihak berikutan harga tiket konsertnya yang berlangsung pada tahun lalu di Istana Budaya mencecah sehingga RM1,199 sekeping.

Sementara itu, berbicara tentang konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 18 November ini, penyanyi itu memberitahu pihaknya menawarkan harga tiket yang lebih fleksibel.

Menurutnya, konsert berkenaan adalah anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Aina Abdul Entertainment pula menjadi penganjur bersama.

“Untuk kali ini, saya pegang satu impian dan saya dah cakap dengan team saya, kami sepakat untuk menawarkan harga tiket yang berpatutan.

“Saya akur dengan apa yang dah berlaku sebelum ini dan saya sahut cabaran untuk konsert ini. Penetapan harga tiket juga telah mendapat kata sepakat dengan pihak PRIHATIN,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aina memberitahu untuk konsert tersebut, dia akan mempersembahkan sebanyak 33 buah lagu bagi tempoh dua jam setengah.

Jelasnya lagi, pihaknya dan PRIHATIN turut menyasarkan kehadiran 10,000 penonton, malah tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan persembahan hari kedua jika jualan tiket sold out.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert berkenaan dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) serta sudah boleh dibeli menerusi laman web www.ainaabdul.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

EXISTS

Konsert Exists X Orkestra di Megastar Arena KL Pada 22 Disember Ini

Tonton Rancangan TV9 Sepanjang September Boleh Menang RM500?