in , ,

“Ini Sangat Biadap,” Ibu Ameera Khan Kesal Anak Dituduh Terlibat Judi

Ibu kepada personaliti media sosial iaitu Ameera Khan meluahkan rasa kesal apabila ada pihak menuduh anak perempuannya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkaitan judi.

Perkara itu diluahkan oleh Datin Noor Kartini menerusi Instagram miliknya serta menyifatkan tuduhan Ameera terlibat dalam aktiviti perjudian perlawanan kuda yang tular baru-baru ini adalah fitnah.

Sementara itu, Kartini berkata dakwaan tersebut sangat biadab serta menitipkan pesanan kepada pihak berkenaan mencari rezeki dengan cara yang halal.

"Ini Sangat Biadap," Ibu Ameera Khan Kesal Anak Dituduh Terlibat Judi

“Ini sangat biadab. Nak berniaga biarlah rezeki yang halal. Bukan sanggup fitnah macam ini,”

–  Datin Noor Kartini

Baru-baru ini, tular apabila Ameera memuat naik gambar menghadiri sebuah acara lumba kuda di sebuah lokasi yang tidak diketahui. Turut menjadi perhatian gambarnya dilihat sedang memegang tiket.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWAL ASHAARI

Kes Rosakkan Palang Pagar, Awal Ashaari Selesai Kes Luar Mahkamah

Terlalu Sibuk Dengan Urusan Kerja, Muaz Fitri & Qaseh Terpaksa Tangguh Kahwin