in

Siti Nurhaliza Lancar Produk Terbaru SimplySiti Vogue Edition

Seperti yang Budiey telah war-warkan beberapa hari lepas dalam Twitter dan blog ini, akhirnya semalam SimplySiti berjaya melangsungkan Malam Gala SimplySiti sempena meraikan ulangtahun SimplySiti yang pertama. Semuanya nampak berjalan dengan lancar. Sungguh meriah dan seramai 4,500 orang telah memenuhi Dewan Agong Tuanku Cancelor, UiTM Shah Alam.

Dato’ Siti katanya sangat risau kalau-kalau tak ramai peminatnya datang memandangkan semalam ada perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur. Banyak jalan ditutup tapi alhamdulilah, ianya tak menjejas langsung Malam Gala malah, Budiey rasa peminat setia dan pengguna SimplySiti berpusu-pusu datang untuk menyokong serta menyaksikan persembahan Siti.

Semalam juga mencatat lagi satu sejarah buat SimplySiti di mana 2 produk terbaru iaitu SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition dilancarkan dengan penuh gimik di mana produk ini diperkenalkan sejurus selepas Siti mendendangkan lagu pembukaannya. Tahniah buat SimplySiti!

Produk terbaru ini dikatakan akan memberi dua pilihan dan dua gaya buat pengguna yang ingin mendapatkan kesan solekan menarik sempena musim perayaan yang akan tiba tak lama lagi. Ia hadir dalam pek dan beg eksklusif dengan tiga produk iaitu gincu bibir Gorgeous Lip Color, pemerah pipi Shimmer Blush dan pembayang mata Duo Eye Shadow. Ianya diformulasi khas dengan SPF 15, vitamin E dan minyak jojoba untuk kesihatan dan kecantikan kulit korang. Masa sidang media, Siti cakap, kedua-dua produk ini boleh didapati di pasaran mulai awal Ogos ini.

VIDEO Gimik Pelancaran: Dato’ Siti Nurhaliza dibonceng Datuk K di Malam Gala SimplySiti

Gimik opening juga Budiey kira grand la juga di mana Dato’ Siti dibonceng oleh Datuk K menaiki motor tajaan dari Naza Motor. Walaupun Budiey pernah tengok gimik macam ni di Konsert Kemuncak Suria FM, kali ini nampak lain sebab ianya menjadi simbolik kepada minat terbaru Siti Nurhaliza di mana Siti sekarang ni memang gemar bersiar-siar naik motor.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aizat Amdan, Ana Raffali & Amy Search di Malam Gala SimplySiti

Siti Nurhaliza Beri Hadiah Peribadi di Malam Gala SimplySiti