in ,

Video Nikah Imran Aqil & Dahlia, Sekali Lafaz, Lokasi Indah Suasana Meriah

Perkahwinan adalah satu ikatan sah yang dibina dengan kasih sayang oleh suami dan isteri. Tanggal 9 September yang lalu, pasangan dua sejoli yang dikenali sebagai Dahlia Rizal dan Imran Aqil telah berkongsi detik bahagia saat diijabkabul.

Berita perkahwinan pasangan sejoli ini ditunggu-tunggu oleh netizen ekoran telah heboh di media sosial terutamanya di aplikasi TikTok sementara pasangan ini hanya memaparkan gambar di instagram sahaja.

Majlis itu menyaksikan Imran menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Dahlia manakala wang hantaran dirahsiakan.

Bukan setakat orang je cantik, lokasi majlis akad nikah ni pun boleh tahan jugak.

Antara yang mencuri tumpuan warganet adalah genggaman tangan bersama suami tercinta.

Majlis pernikahan mereka diadakan di sebuah vila yang terletak di Ayer Keroh Melaka. Majlis tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat, saudara, dan rakan bagi pasangan ini. Di majlis tersebut, Dahlia Rizal kelihatan anggun dalam busana yang serba putih dengan tema pakaian ala-ala arabic. Ini dapat dilihat melalui perkongsian rakan Imran Aqil yang merakamkan detik sepanjang majlis pernikahan berlangsung.

Merpati dua sejoli.. matched from heaven”

Menjengah ke ruang komen, ramai kenalan dan netizen sempat mengucapkan kata tahniah kepada pasangan ini. Selain itu, netizen terutama peminat bagi Influencer ini mendoakan kebahagian dan memuji kecantikan terserlah pada wajah pasangan ini.

Selamat pengantin baru Budi ucapkan buat pasangan Imran dan Dahlia. Semoga bahagia hingga ke hujung nyawa. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MEK HABSAH

Al-Fatihah! Pelakon Mek Habsah Meninggal Dunia Akibat Penyakit Paru-Paru

Supersunday Buktikan Masih Berbisa di KLFW2023 Dengan Koleksi “The Runway” Ilham Raffiq Corbin