Menerusi twitter milik Dahlia, Imran sah bergelar suami kepada Dahlia hanya dengan sekali lafaz.
Majlis yang diadakan di Ayer Keroh, Melaka itu menyaksikan Imran, 24, menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Dahlia manakala wang hantaran dirahsiakan.
Sementara itu, Dahlia atau nama sebenarnya Nur Dahlia Ahmad Rizal dilihat telah memuat naik tiga keping foto di Instagram Stories.
Antara yang mencuri tumpuan warganet adalah genggaman tangan bersama suami tercinta.
Terdahulu, Imran dan Dahlia selamat mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu.