in , , ,

Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma

Pada 20 dan 21 April yang lalu telah berlangsung Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Agak terkilan juga, saya tidak berkesempatan untuk ke sana. Kepada Mazen, terima kasih sebab mengajak saya ke sana. Rasanya untuk 2 malam persembahan, dah tentu tiket cepat dan laris dijual. Mana sempat nak pergi beli dah. Sebenarnya, saya tidak tahu menahu tentang persembahan Siti Nurhaliza tersebut. Mazen lak yang tolong ingatkan. Nampak sangat kan, saya tidak alert lagi tentang perkembangan terkini Datuk Siti Nurhaliza. Cinta beralih arah, mungkin.

Tanpa publisiti dan promosi yang tidak segah dan sehebat mana, ternyata ramai peminat tidak melepaskan peluang untuk menghadiri Konsert Istana Cinta Nostalgia Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma oleh Datuk Siti Nurhaliza. Kira konsert ini berjaya mencapai matlamat sebenar. Anyway, ada pembaca yang pergi tak? Kalau ada, bolehlah ceritakan pengalaman di sini.

Nama dah konsert tribute untuk Tan Sri P.Ramlee & Puan Sri Saloma, sudah tentu lagu-lagunya pun daripada nyanyian kedua-dua seniman teragung ini. Kredibiliti, bakat dan pengalaman yang ada pada Siti Nurhaliza sudah cukup matang untuk memberikan kelainan pada persembahannya. 30 lagu dinyanyikan. Puas hati kan?

Musly Ramlee dan Fazli Zainal menjadi antara penyanyi bertuah kerana dapat berduet dengan Siti Nurhaliza pada malam itu. Musly Ramlee memang dari dulu lagi mempunyai suara yang hampir sama dengan meniru gaya P. Ramlee. Berduet dengan Siti untuk lagu Dalam Air Ku Terbayangmu, Di Mana Suara Burung Kenari dan Gelora.

Manakala, Fazli Zainal pula penyanyi baru yang bersuara JANTAN yang dikatakan boleh bersaing rapat dengan Anuar Zain. Kalau Sean Ghazi tidak menolak tawaran ini, mungkin show akan lebih gempak. Vokal Sean Ghazi lebih macho dan punya aura yang hebat. Saya pernah mendengar Sean Ghazi membawa lagu P. Ramlee, Jeritan Batinku dengan iringan orkestra.

Memang power habis lah! Fazli berduet dengan Siti untuk lagu Itulah Sayang, Malam Ku Bermimpi dan Saat Yang Bahagia. Fazli secara solo membawa lagu Hujan Di Tengah Hari.

Siti Nurhaliza mengaku ada kesilapan semasa persembahan. Alasan masa sebulan untuk persediaan itu sangat pendek. Kesian kat Siti… sampai terlupa untuk menyebut nama tetamu VIP yang hadir.

Saya sebagai peminat picisan hanyalah menunggu rakaman konsert berbentuk VCD keluaran Siti Nurhaliza Production yang akan berada di pasaran tidak lama lagi. 🙁

Trivia:

  1. Tiket habis sehari sebelum konsert berlangsung. Takde can la Mazen!
  2. Ada seorang hamba Allah membeli 98 keping tiket dan diberi penghargaan khas oleh Datuk Siti Nurhaliza pada malam itu.
  3. Siti menggunakan skrip yang sama ketika konsert tribute untuk Allahyarham Sudirman iaitu “Saya tidak kenal karya P. Ramlee…”
  4. Sketsa menarik dari kumpulan Isketambola yang cuba mengimbau kenangan penonton terhadap filem favorite Siti Nurhaliza iaitu Labu dan Labi.
  5. Siti turut berlakon di pentas Istana Budaya dengan babak antara Cikgu Shaari dan Norkiah dalam filem Masam-Masam Manis.
  6. Ada temuramah dengan orang terdekat dengan allahyarham seperti Aziz Satar atau Pak Aziz turut berkongsi cerita menarik mengenai P Ramlee.
  7. Turut menyanyi, Adik Allahyarham Puan Sri Saloma, Mimi Loma yang aktif dalam bidang seni suara bermula pada 1961 dan pernah membintangi filem Ahmad Albab arahan P Ramlee.
  8. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza ialah Bila Larut Malam, Pesta Muda Mudi, Airmata Di Kuala Lumpur.

Berikut foto-foto sepanjang konsert berlangsung.

Siti Nurhaliza dan Fazli Zainal

Kredit sumber: Harian Metro | Kredit foto: Utusan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramalan Anugerah Industri Muzik ke – 14

Spider-Man 3, Transformers The Movie atau Pirates of the Carribean 3?