in , ,

FT Tak Sangka Konsert Aku Faizal Tahir Terima Sambutan Luar Biasa

Kejayaan konsert Aku Faizal Tahir Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC) malam tadi berjaya menyatukan lebih 3,000 peminat.

Faizal ketika ditemui media usai konsert sulungnya selepas 17 tahun berkarya berkata, dia tidak menyangka dengan sambutan luar biasa peminat sekali gus membuatkan dia mahu melakukannya lagi.

“Sebuah konsert yang saya sendiri tak pernah terlintas akan buat selepas bertahun-tahun dipujuk oleh Jennifer Thompson. Dia antara individu penting yang memujuk saya buat konsert hari ini (malam tadi) 

“Kalau sebelum ini saya risau nak buat konsort solo tapi melihat sambutan dan persembahan hari ini terus rasa nak buat lagi tapi tengoklah dulu bagaimana nanti.

“Buat masa ni saya perlu duduk dengan pasukan terlebih dahulu. Persiapan untuk menjayakan konsert ini memakan masa berbulan-bulan. 

“Kalau ada permintaan yang tinggi dan berbaloi serta boleh menyampaikan sesuatu yang baik kepada orang ramai melalui konsert, Insya-Allah akan ada lagi,” katanya.

Ditanya apakah konflik dalam muzik yang dihadapi sehingga berkongsi perkara itu kepada peminat, Faizal berkata, salah satu faktor adalah usianya yang sudah meningkat naik.

“Macam yang saya katakan ketika di atas pentas sebelum menyanyikan lagu Bencinta, saya ada beritahu saya ada konflik dengan muzik.

“Sejujurnya saya pernah terfikir untuk berehat dalam industri muzik tapi sebab ramai yang meminta saya rasa ralatlah kalau tidak dapat tunaikan permintaan orang.

“Kalau nak jayakan konsert solo saya memang tidak mempunyai keyakinan yang tinggi selama ini, sebab itu saya lebih suka keluarkan single saja dan macam yang saya kongsikan ketika di atas pentas saya juga lebih suka jayakan majlis yang minta saya menyanyi tiga hingga empat lagu kerana itu sudah berbaloi untuk saya. 

“Alhamdulillah persiapan yang rapi membuktikan saya mampu menyanyikan lebih 18 lagu dalam sebuah konsert,” katanya.

Menerusi konsert yang berlangsung hampir tiga jam dan diketuai oleh Pengarah Konsert, Jennifer Thompson, Faizal menyanyikan lebih 21 lagu.

Antaranya lagu yang disampaikan adalah Mahakarya Cinta, OK, Bencinta, Karma, Cuba, Assalamualaikum, Ragaman, Gemuruh dan Santai.

Lebih mengujakan kehadiran penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mencuri tumpuan apabila diundang oleh Faizal ke atas pentas dan sudi berduet secara spontan menerusi lagu Dirgahayu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAIZAL TAHIR

Faizal Tahir Dedah Kebaikan Siti Nurhaliza, Hamba Allah Yang Paling Baik 

Gendang Pati Dato’ M.Nasir Live in Kuala Lumpur Pada 18 November Ini