in , ,

Aplikasi Threads Kini Mula Dipromosikan Terus Melalui Instagram

Aplikasi yang dimiliki Meta Platform Inc itu membolehkan pengguna membuat hantaran teks, klik tanda suka, mengulas dan berkongsi status pengguna yang lain.

Dalam masa sama, pengguna Instagram juga boleh mengekalkan nama yang sama pada akaun mereka.

Menerusi penerangan pada Instagram, Threads membolehkan pengguna memuat naik hantaran sehingga 500 aksara termasuk pautan, gambar dan video sehingga lima minit.

Meta kini nampaknya mula mempromosikan Threads terus melalui aplikasi Instagram. Melalui ujian terkini, perkongsian daripada rakan-rakan di Threads mula dipaparkan terus pada halaman utama Instagram – dan seterusnya pengguna diberikan pilihan untuk membuka aplikasi Threads.

Dengan langkah ini, terdapat kemungkinan kadar interaksi dan membuka aplikasi Threads akan meningkat dari hari ke hari berbanding sebelum ini.

Threads yang diposisikan sebagai pesaing alternatif Twitter telah menerima angka pendaftaran yang tinggi pada minggu pelancaran, namun ia sukar untuk mengekalkan pengguna aktif disebabkan kekurangan beberapa ciri yang diinginkan pengguna.

Meta sendiri bergiat aktif dalam memperkenalkan ciri baharu sedikit demi sedikit – dan turut mempromosikan penawaran Threads.

Mungkinkah kita akan melihat Threads benar-benar menawarkan persaingan sihat kepada X (atau Twitter) dalam beberapa bulan lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Bakal Adakan Acara Khas Lancar iPhone 15 Pada 12 September Ini

TAPAUFEST

Kehebatan Artis Indie Kembali Kecapi Keindahan Alam TAPAUfest di Lenggong