in

Teater Kotak Hitam

Persatuan : Persatuan Graduan Seni Persembahan Selangor dan Kuala Lumpur

Tajuk : Kotak Hitam

Karya/Arahan : Fasyali Fadzly Bin Saipul Bahari

Tempat : Stor Dewan Bahasa & Pustaka

Waktu : 8.30 malam Tarikh : 8 Julai sehingga 10 Julai 2011

PENGENALAN
Persatuan Graduan Seni Persembahan Selangor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Bahagian Produk Seni Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan mengadakan program Antalogi Beta – Beyond Talent. Ia merupakan platform yang memberi peluang kepada penggiat seni persembahan untuk mengeksplorasi bakat sedia ada mereka, mencabar bakat diri dalam menjayakan sesuatu pementasan. Samada dalam niche bakat atau bakat yang baru mereka terokai. Program ini merupakan usaha kami dalam membantu dan menyokong objektif negara untuk memertabatkan seni.

Pementasan pertama untuk program ini adalah teater Kotak Hitam, arahan Fasyali Fadzly dengan lakonan Aloy Paradoks. Cabaran terhadap pelakon adalah kemampuan mengawal tenaga dua watak dan gabungan teknik gaya lakonan pentas dan kamera. Pementasan ini akan berlangsung selama satu jam.

SINOPSIS
Mamat seorang penagih TV tegar yang sentiasa dahagakan nikmat hiburan bersifat hedonism. Dia tidak punya sesiapa kecuali TVnya yang sentiasa memberikan kepuasan 100%. Sehingga suatu hari, muncul seorang Pembaca Berita dalam hidupnya. Pembaca Berita menawarkan persahabatan sejati lantas tiada sebab untuk Mamat menolak. Hubungan mereka bertambah rapat dari hari ke hari. Mamat semakin sayangkan Pembaca Berita yang dapat memenuhi setiap kehendaknya. Mamat sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga persahabatan yang telah tercipta itu. Semakin hari Pembaca Berita semakin mengenali Mamat. Berbeza dengan Mamat yang semakin hari semakin lupa dirinya. Hubungan mereka mencapai kemuncak. Mamat cuba untuk menidakkan Pembaca Berita tetapi sayangnya tidak berjaya. Bersama kita saksikan kesudahannya.

PELAKON
Aloy Paradoks sebagai MAMAT dan PEMBACA BERITA yang akan mendokong keseluruhan jalan cerita ini. Beliau merupakan aktivis teater dan juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan dan pernah mengarah beberapa teater seperti Hegemeni dan Merocok-Rocok.

Karya dan Pengarah pementasan ini, saudara Fasyali Fadzly Saipul Bahri merupakan graduan cemerlang dari Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik(TEKA) UiTM Shah Alam. Beliau pernah mengarah beberapa teater seperti Berani Mati, Oedipus, Makyong Puteri Timun Muda dan terlibat di dalam beberapa produksi teater pendek seperti filem pendek Skodeng: Kebenaran Yang Nakal hasil tulisannya pernah memenangi KL 48Hours Film Project dan turut bertanding di peringkat antarabangsa di Miami, US.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

GiG TV9 Festival Muzik Rock Terbesar

Drama Penyiasatan Blue Blood di TV2