in

Benda Yang Tak Best Tak Perlu Ingat, Dottie Sudah 3 Tahun Bercerai

Sebelum ini menyimpan kemas hal peribadi, akhirnya pelakon Dottie mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami Mohd. Haffis Abu Hassan, sejak tiga tahun lalu.

Sebelum ini menyimpan kemas hal peribadi, akhirnya pelakon Dottie mendedahkan sudah bercerai dengan bekas suami Mohd. Haffis Abu Hassan, sejak tiga tahun lalu.

Memetik Kosmo Online, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Mazni Abd. Razak enggan mengingati kisah lampaunya, mengakui terlupa banyak perkara berkenaan sejarah perkahwinannya yang singkat.

“Benda tidak best (seronok), tidak perlu ingat,” katanya.

Ditanya sama ada sudah bertemu orang baharu, bintang filem Dottie itu menegaskan belum terlintas untuk kembali berumah tangga.

Enggan mengingati kisah lampau, Dottie atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Mazni Abd. Razak mengakui terlupa banyak perkara berkenaan sejarah perkahwinannya yang singkat.

“Ya, saya sudah bercerai tiga tahun lalu. Saya pun tidak ingat secara terperinci.”

“Buat masa sekarang saya mahu bergembira terlebih dahulu. Belum sedia nak cari pengganti,” jelas Dottie yang sudah 13 tahun dalam industri seni.

Dottie mendirikan rumahtangga dengan Haffis pada 25 Disember 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TIKTOK

Senarai Penuh Pemenang Anugerah di TikTok Awards Malaysia 2023

Menang Anugerah Creator of The Year Khairul Aming Titip Nasihat Padu