in , ,

Ira Kazar Semakin Berani Kongsi Video Bersama Syamsul Yusof

Semakin berani dan terbuka, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video suami tercinta dalam Instagramnya.

Semakin berani dan terbuka, isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video suami tercinta dalam Instagramnya.

Dalam perkongsian tersebut, Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin memuat naik video dengan kapsyen indah seolah-olah ingin memberitahu dirinya kini sedang bahagia di sisi suami tercinta.

“Kami gembira dengan kehidupan kami sendiri, aku cinta kamu suamiku,”

– Ira Kazar

Lebih menarik, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi itu menggunakan lagu 1 of 1 nyanyian Tyga sebagai muzik latar menandakan hanya Syamsul seorang sahaja sedang bertakhta dalam hatinya.

Bagaimanapun setakat ini, video tersebut tidak pula disiar semula  Syamsul menerusi Instagramnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziva Magnolya Lancar Single Terbaru MENANTI Sebagai Part 2 dari A+Z The Series

PUTERI SARAH LIYANA

Bengang Kisah Rumah Tangga Masih Dijaja, Puteri Sarah Mahu Ambil Tindakan