Meminati penyanyi legend rock tanah air iaitu Awie dari kumpulan Wing, Reyzal Yazmi memilih lagu berkonsepkan rock untuk single pertamanya yang berjudul ‘Mata’. Reyzal atau nama penuhnya Muhammad Reyzal Bin Mohd Yazmi adalah penyanyi muda yang baru membina namanya di dalam industri ini. Anak muda ini berasal dari Kuala Lumpur.
Reyzal juga lebih mesra dengan gelaran singkatan Rey, mesra dikenali sebagai ‘anak Awie’ dalam laman sosial TikTok kerana wajahnya yang mirip dengan penyanyi rock Malaysia, Awie.
Bukan sahaja mempunyai kebolehan menyanyi Rey juga, berkebolehan dalam bidang ‘Hair Stylish’ dan kini bekerja di salah sebuah Hair Stylish di Sentul, Kuala lumpur.
Seorang yang sentiasa terhibur dan selalu suka menghiburkan sesiapa yang berada di sekelilingnya. Seperti ‘mimpi’, Reyzal Yazmi tidak menyangka lagu yang di tulis untuk simpanannya sendiri dapat direalisasikan dan menjadi single pertamanya yang bertajuk Mata, dengan adanya pertolongan dari label tempatan RR Entertainment.
”Sebenarnya lagu Mata ni saya menulis adalah berkisahkan apa yang pernah terjadi dalam hidup saya dulu, tapi tu dulu sekarang lain dan tak sangka pulak dapat di jadikan lagu tu single pertama saya” ujar Reyzal Yazmi sambil ketawa. Single pertama Reyzal Yazmi ‘Mata’ di jangkakan bakal menemui pendengar di awal bulan Ogos 2023. Lagu ini di bawah laungan Sony Music Entertainment Malaysia dan RR Entertainment.
Keistimewaan lagu ‘Mata’ di hasilkan oleh syarikat rakaman tempatan RR Entertainment dan gubahan daripada HerdaSyira dan Reyzal Yazmi. Manakala penulisnya pula adalah dari Reyzal Yazmi sendiri. Lagu ini mengambil masa setahun untuk menyiapkan liriknya sahaja dan mengambil masa lebih kurang dua tahun enam bulan untuk di siapkan hingga ke peringkat akhir.
Di tanya apakah maksud yang tersurat di sebalik lagu ini, Rezal Yazmi menjawab dengan berseloroh. “Biarlah saya saja yang menegtahuinya, nak jadikan ia sebagai rahsia peribadi! Saya hanya menyampaikan apa yang tersurat di hati saya dalam bentuk nyanyian dan saya sangat tidak menyangka impian saya menjadi kenyataan.”
Menurut Reyzal dia merasa amat bertuah sekali kerana dirinya mendapat sokongan penuh dari keluarga dan kawan-kawan untuk menjejakkan kaki ke dalam industri muzik. Bertanya tentang gadis pilihan, jejaka berusia 25 tahun ini masih lagi tercari-cari kerana buat masa ini Rey mahu menumpukan sepenuhnya dalam kerjaya dalam bidang nyanyian.
Reyzal juga mempunyai suara tinggi, lebih selesa membuat lagu-lagu cover dalam platform media social (TikTok) sehingga bilangan pengikutnya bertambah dengan begitu mendadak. Perjalanan seni Reyzal juga pernah melibatkan diri dengan rancangan ‘I Can See Your Voice’ baru-baru ini.
Reyzal Yazmi sangat berharap netizen dapat menerima lagu ‘Mata’ dengan baik tapi masih tetap risau dan berdebar untuk menantikan reaksi dari netizan” tambah Reyzal Yazmi yang sentiasa berterima kasih kepada RR Entertainment ,dan Sony Music Entertainment Malaysia i atas kepercayaan untuk menghasilkan lagu pertamanya ‘Mata’.
Lagu ‘MATA’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
AKAUN MEDIA SOSIAL REYZAL YAZMI
INSTAGRAM : : https://instagram.com/reyyazmi
TIKTOK : https://www.tiktok.com/@reyyazmi
Kredit :
Artis : Reyzal Yazmi
Tajuk : MATA
Produser : RR Entertainment
Komposer : HerdaSyira ,Reyzal Yazmi
Lirik : Reyzal Yazmi
LIRIK MATA
Composer : Reyzal Yazmi, Herda Syira Lirik : Reyzal Yazmi
Verse :
Mata, Memandang Pasti Hati Berbisik Palsu
Jiwa Menangis, Biarkanlah Raga Ku Tersiksa
Pre Chorus :
Biarkan Jiwa Ku Melara, Biarkan Hati Ku Meronta Biarkan, Ku Terus Sengsara
Chorus :
Cinta Ku Harus Kau Lepaskan, Hati itu Bukan Paksaan Tiada Haluan Ku Merana, Dalam Kepedihan
Jangan Digari Cinta Ini, Aku Bukan Boneka Lagi Cukup Sudahlah Ku Tersiksa, Biarkanlah
(Jangan Digari Cinta Ini, Aku Bukan Boneka Lagi)
Pre Chorus :
Biarkan Jiwa Ku Melara, Biarkan Hati Ku Meronta Biarkan, Ku Terus Sengsara
Verse :
Mata, Memandang Pasti Hati Berbisik Palsu
Jiwa Menangis, Biarkanlah Biarkan, Ku Terus Sengsara
Chorus :
Cinta Ku Harus Kau Lepaskan, Hati itu Bukan Paksaan Tiada Haluan Ku Merana, Dalam Kepedihan
Jangan Digari Cinta Ini, Aku Bukan Boneka Lagi Cukup Sudahlah Ku Tersiksa, Biarkanlah
Jangan digari Cinta Ini, Aku Bukan Boneka Lagi Cukup Sudahlah Ku Tersiksa, Biarkanlah
Mata, Memandang Pasti