Budiey nak ucap tahniah sebenarnya kat Lutfya sebab semalam akhirnya beliau berjaya melancarkan sebuah lagi lagu single terbaru berjudul DIAM. Terima kasih sebab sudi jemput Budiey ya.
Kalau pembaca masih belum kenal siapa Lutfya, sebenarnya beliau adalah bintang yang lahir dari Akademi Fantasia musim ke-6, satu batch dengan Stacy kan? Kalau Budiey tak silap la, Lutfya tersingkir bersama dengan Naim di minggu yang ke-3. Its okay, kalau tak kenal, korang tengok je gambar kat bawah ni, rasanya korang boleh ingat balik. Lepas keluar AF, rezeki Lutfya banyak mencurah-curah dalam bidang lakonan.
Bagi Budiey, Lutfya nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar ni ada pakej lengkap. Ada rupa untuk jadi bintang dan dia juga ada vokal yang boleh tahan mantap jugak lah.
Event semalam berlangsung di Hard Rock Cafe menyaksikan gadis kelahiran Johor Bahru yang berusia 26 tahun ini melancarkan single terbaru dan video klip berjudul DIAM. Budiey dah pun dengar lagu DIAM ni, Budiey suka dengan rentaknya yang catchy, easy listening dan of course boleh buat korang rasa nak bergoyang sama.
Budiey kira Lutfya ni betul-betul serius untuk jadi penyanyi. Lebih setahun Lutfya berusaha keras untuk terus dikenali sebagai penyanyi dan penghibur, dan Budiey kira melihat kepada mutu vokal dan tahap performance Lutfya masa launching semalam, kalau kena cara dan nasib yang menyebelahinya, nama Lutfya boleh naik. Cuma kadang-kadang benda ni bergantung kepada luck gak la.
Selain menyanyi, Lutfya juga cuba mencungkil bakat beliau untuk mencipta lagu. Wal hasilnya, lagu DIAM ini adalah lagu ciptaan sepenuhnya oleh Lutfya.
Budiey suka tengok muzik video DIAM yang penuh dengan warna-warna ceria, sesuai benar dengan lagu DIAM yang berentak riang ria remaja ni. Pengambaran video klip dibuat di Full House, Jalan Yap Kwan Seng tu diarahkan oleh pengarah dari Singapura dan Lutfya bertuah kerana kini beliau sudah memiliki syarikatnya sendiri, Lutfya Omar Agency (LOA).