Menurut selebriti terkenal tanah air, Bront Palarae ketika ditemui, Sarawak tidak pernah kekurangan bakat namun banyak bakat tempatan negeri ini berada di luar Sarawak.
Sehubungan itu katanya, dengan adanya AIFFA ini, ia memberi peluang kepada penggiat seni tempatan Sarawak untuk kembali, mendapatkan inspirasi mahupun berkarya di negeri sendiri sekali gus membantu mengembangkan industri perfileman Sarawak.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita berkenaan bagaimana AIFFA boleh berkembang dan membantu industri perfileman tempatan Sarawak, di sini, pada Jumaat.
Walau bagaimanapun katanya, sebagaimana negeri-negeri lain, Sarawak juga tidak mempunyai bahan yang mencukupi dan bukan berkembang pada kelajuan yang diinginkan.
Tetapi filem tidak boleh tergesa-gesa, termasuk juga pembangunan dan saya tahu terdapat banyak kerjasama. Jadi semoga kita dapat melihat lebih banyak pasukan yang diilhamkan oleh Sarawak, bakat, dan semoga ada banyak kerja pembangunan melalui televisyen tempatan yang memberi banyak peluang melalui bakat tempatan,” tambahnya.
Katanya lagi, tanpa mengira sama ada di belakang tabir, mahupun di hadapan kamera, ini adalah yang diperlukan oleh industri perfileman Malaysia secara keseluruhan termasuk di peringkat serantau.