in , ,

Pengalaman Makan di Cawangan Baharu NY Steak Shack® Setapak Central

Rasai kelazatan menu stik, burger, shake dan banyak lagi di NY Steak Shack® untuk pengalaman menjamu selera yang tidak dapat dilupakan, diinspirasikan gaya hidup urban kota New York. Buat 50 pelanggan yang terawal, anda bakal mendapatkan tawaran percuma dari Restoran NY Steak Shack® Setapak Central.

Jenama tempatan NY Steak Shack® mengumumkan pembukaan cawangan terbaharunya di pusat beli-belah Setapak Central, menawarkan lebih banyak peluang buat rakyat Malaysia untuk menikmati pelbagai menu yang menampilkan stik sizzling, burger dan shake yang lazat. 

Ini merupakan cawangan ketiga sejak pembukaan pertamanya di IOI City Mall Putrajaya pada 2014 dan yang kedua di AEON Mall Shah Alam pada 2016, di mana kedua-dua cawangan telah mendapat pengiktirafan persijilan Halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

GRAND OPENING NYSS STEAK SHACK SETAPAK CENTRAL 4

Berpegangkan visinya untuk menawarkan stik dengan harga berpatutan dan lazat buat rakyat Malaysia dalam suasana yang selesa, NY Steak Shack® mengambil inspirasi dari bandar New York City (NYC) yang popular dengan pengalaman menjamu selera yang pantas dan kasual; sebuah kelaziman di kota itu.  

Ia bertujuan untuk menghidupkan rasa dan suasana NYC dalam hidangan dan persekitaran yang ditawarkan. Usaha ini terbukti membuahkan hasil apabila NY Steak Shack berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, selama bertahun-tahun tidak mengira peringkat umur. 

GRAND OPENING NYSS STEAK SHACK SETAPAK CENTRAL 1

Pembukaan cawangan Setapak Central melakar sebuah lagi pencapaian dalam sejarah perkembangan jenama tersebut, sekaligus mengukuhkan komitmennya untuk menyajikan hidangan berkualiti buat pelanggannya yang dihargai. “Kami teruja untuk meluaskan operasi di Lembah Klang dengan cawangan baharu di Setapak Central, di mana kami boleh terus menawarkan rakyat Malaysia pengalaman kedai stik yang tidak dapat dilupakan pada harga berpatutan seperti yang kami tawarkan di dua cawangan kami yang lain,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue Valley Sdn Bhd, syarikat induk NY Steak Shack®.

“Misi kami di NY Steak Shack® adalah untuk sentiasa menyajikan makanan yang berkualiti tinggi dan lazat yang membuatkan pelanggan kembali berkunjung. Dalam usaha kami menghargai pelanggan, kami mereka bentuk cawangan baharu ini untuk menjadi lebih luas demi keselesaan para pengunjung, terutamanya buat kumpulan yang datang beramai-ramai untuk menjamu selera bersama, mahupun untuk meraikan hari istimewa di NY Steack Shack. Selain stik, burger dan shake, kami juga turut menawarkan pilihan lain yang dapat memenuhi selera yang pelbagai, sehingga rambang mata dibuatnya. Kami berterima kasih atas sokongan pelanggan selama ini dan berharap dapat memenuhi selera dan citarasa masyarakat di Setapak dengan cawangan baharu kami, sebuah destinasi utama untuk makanan yang menyelerakan dan servis luar biasa.”

Combo C

Cawangan Setapak Central NY Steak Shack® berkeluasan 2,170 kaki persegi, menyediakan tempat duduk yang mencukupi untuk pelanggan menikmati hidangan kami dengan selesa.

Restoran ini mencerminkan konsep moden yang diberikan nafas baharu dengan rekaan dalaman dan hiasannya, mengambil inspirasi daripada kemeriahan bandar New York City.

Suasana yang mengalu-alukan menjadikannya destinasi yang ideal untuk sesi ‘lepak’ santai, meluangkan masa bersama keluarga, dan menyambut hari istimewa.

Di sini, pelanggan boleh menikmati sensasi popular NY Steak Shack® yang hangat dipanggang dengan sempurna, seperti Sizzling Ribeye, Sizzling NY Striploin, Sizzling Southwest Chicken dan Sizzling Australian Lamb Leg, setiap satu dihidangkan dengan pilihan dua hidangan sampingan dan sos. Tetapi hidangan di NY Steak Shack® tidak sempurna tanpa hidangan pemula seperti Trio App, yang menampilkan pembuka selera yang paling popular iaitu daging ‘tender’ ayam, bebola daging lembu, cendawan dan bawang yang dihidangkan dengan Cajun honey mustard dan sos bistro yang dibuat sendiri. Manakala penggemar burger pasti ingin mencuba Smokehouse Burger, kepingan daging lembu panggang 110gm yang disempurnakan dengan keju cheddar dan daging lembu tumis, bawang karamel dan kepingan cili dihidang bersama kentang goreng. Apa yang membezakan pengalaman menjamu selera yang unik ini ialah burger ini boleh dipesan dengan gaya klasik atau gaya sizzling. Sementara itu, peminat pasta pula boleh menikmati Creamy Salsa Pasta atau Seafood Olio Pasta yang menjadi kegemaran klasik. Bukan peminat daging? Anda boleh memesan Seafood Platter yang menampilkan gabungan ikan, udang dan sotong calamari yang dihidangkan bersama salad, kentang goreng dan sos tartar. Jangan lupa untuk memadankan hidangan anda dengan pelbagai jenis shake NY Steak Shack® yang pekat dan lazat dengan pelbagai pilihan perisa – Karamel, Mentega Kacang, Pisang, Oreo, Strawberi, Vanila, Coklat dan Red Velvet.

Spice of Independence

Apa yang membuatkan hidangan di NY Steak Shack® lebih mengujakan ialah harganya yang berpatutan! Harga bermula daripada RM49.90 untuk 200gm stik, RM23.90 untuk hidangan ayam, RM31.90 untuk burger, RM25.90 untuk pasta, dan RM15.90 untuk shake. Anda juga boleh menyertai keahlian NY Steak Shack® Bite & Bites secara percuma untuk mendapatkan mata setiap kali anda menjamu selera di sana dan nikmati hidangan istimewa sebagai ganjaran.

GRAND OPENING NYSS STEAK SHACK SETAPAK CENTRAL 3

Sempena pembukaan cawangan baharu NY Steak Shack® di Setapak Central, 50 pelanggan pertama berpeluang menikmati hidangan istimewa iaitu Loaded Black Pepper Chicken Rice, yang bernilai RM21.90 secara percuma. Promosi ini khas untuk setiap pesanan air minuman yang dibuat (Tertakluk kepada Terma & Syarat). Hidangan ini menampilkan ayam salai berisi lembut dan dipotong kecil-kecil, dicurah dengan sos lada hitam popular NY Steak Shack® dan dihidang di atas nasi labu yang lembut – hidangan yang wajib dicuba!

Spice of Independence - COMBO

Selain itu, jika anda berminat untuk menceburi bisnes makanan, NY Steak Shack® menjemput pengusaha restoran yang baru menapak naik untuk meneroka program francaisnya. Terbuka kepada usahawan yang berdedikasi dan bersemangat, bakal pemegang francais boleh memanfaatkan reputasi jenama NY Steak Shack® yang kukuh, model perniagaan yang terbukti berkesan, dan sistem sokongan yang komprehensif.

Selain itu, bakal pemegang francais akan turut memegang komitment jenama ini untuk memberikan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa dan makanan berkualiti. Untuk maklumat lanjut, layari nysteakshack.com/franchise atau e-mel [email protected].

GRAND OPENING NYSS STEAK SHACK SETAPAK CENTRAL 7

Kunjungi cawangan terbaharu NY Steak Shack® di Setapak Central Mall untuk menikmati stik yang lazat pada harga berpatutan, disajikan dengan servis yang hebat dan suasana yang mesra!

Ikuti perkembangan terkini tentang tawaran terbaharu, promosi dan banyak lagi di laman web rasmi NY Steak Shack® di www.nysteakshack.com atau akaun Instagram @nysteakshack.

#nysteakshack #NYSS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIFFA

AIFFA 2023: 100 Pelajar Universiti Asia Berdaftar Terokai Industri Filem

Dolla Luaskan Empayar Dengan Single Damelo Dalam Bahasa Sepanyol