in , ,

Setelah Ditapis Oleh Juri, Ini Senarai Pencalonan Akhir di AIFFA 2023

Empat Filem Malaysia Berjaya Bolos Untuk Mendapatkan Tempat Berebut Trofi Filem Terbaik AIFFA

Semasa berlangsungnya malam pembukaan AIFFA 2023 (ASEAN International Film Festival & Awards) di Old Courthouse, Kuching, Sarawak, juri AIFFA yang ditugaskan untuk buat senarai pendek telah mengumumkan senarai penuh pencalonan Top 5 untuk semua kategori anugerah filem yang dipertandingkan. 

Senarai pendek ini telah ditapis oleh juri dari senarai pencalonan penuh penyertaan yang diterima oleh AIFFA untuk tahun 2021 hingga tahun 2022.

Empat Filem Malaysia Berjaya Bolos Untuk Mendapatkan Tempat Berebut Trofi Filem Terbaik AIFFA

Tetamu Kehormat di Malam Pembukaan AIFFA 2023, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, dalam ucapannya berkata bahawa AIFFA 2023 akan menjadi acara besar, mengalu-alukan pelbagai pembikin filem, profesional industri, dan peminat pawagam dari seluruh pelusuk ASEAN dan seterusnya.

Sebanyak 9 kategori telah diumumkan di AIFFA2023 dan negara Malaysia telah berjaya menerima 8 nominasi pencalonan diantara 9 kategori di mana Malaysia tidak menerima pencalonan dari kategori Pelakon Filem Wanita Terbaik. Mungkin kita kena tanya juri, kenapa tiada pencalonan dari negara Malaysia untuk kategori ini.

Di antara 120 penyertaan, panel juri AIFFA 2023 telah memilih dengan teliti senarai 34 filem cemerlang yang mewakili pencapaian sinematik terbaik rantau ini.

Pemenang akan diumumkan di Malam Gala AIFFA 2023 pada hari Jumaat ini, 4 Ogos 2023, di Hotel Pullman, Serawak.

BEST SCREENPLAY 

  1. BEFORE, NOW & THEN – INDONESIA
  2. BARBARIAN INVASION – MALAYSIA
  3. BRILLIANT DARKNESS – VIETNAM
  4. ANGKAS (THE BACK RIDE) – PHILIPPINES
  5. GINHAWA – PHILIPPINES 

    BEST FILM EDITING 

    1. ROH – MALAYSIA 
    2. FACES OF ANNE – THAILAND 
    3. GEYLANG – SINGAPORE 
    4. KATIPS – PHILIPPINES 
    5. KUNTILANAK 3 – INDONESIA

    BEST DIRECTOR OF CINEMATOGRAPHY 

    1. RAIN YAMSON “AKADEMI” – BRUNEI 
    2. ASALISHAM BIN MOHD ALI “POOCHANDI” – MALAYSIA 
    3. ROY LOLANG “THE WOMAN CROWNED WITH A CRESCENT MOON” – INDONESIA 
    4. TRAN NGOC KHUYEN “MOMENTO MORI: EARTH” – VIETNAM 
    5. NEIL DERRICK BION “SITIO DIABLO” – PHILIPPINES

    BEST SUPPORTING ACTRESS 

    1. KIM B NGO “THE BRILLIANT DARKNESS” – VIETNAM 
    2. ANGELINE TAN “DUAN NAGO BOGHO” – MALAYSIA 
    3. RUBY RUIZ “GINHAWA” – PHILIPPINES 
    4. ELORA ESPANO “WALKER” – PHILIPPINES 
    5. DJENAR MAESA AYU “THE WOMAN CROWNED WITH A CRESCENT MOON” – INDONESIA

    BEST SUPPORTING ACTOR 

    1. HASNUL RAHMAT “JERANGKUNG DALAM ALMARI” – MALAYSIA 
    2. JM SAN JOSE BAUTISTA “THE BASEBALL PLAYER” – PHILIPPINES 
    3. BETO KUSYAIRI “MAT KILAU” – MALAYSIA 
    4. BENJAMIN ALVES “ANGKAS (THE BACK RIDE)” – PHILIPPINES 
    5. OTIG PAKIS “THE WOMAN CROWNED WITH A CRESCENT MOON” – INDONESIA

    BEST ACTRESS 

    1. HAPPY SALMA “BEFORE, NOW & THEN” – INDONESIA 
    2. NIRINA ZUBIR “PARANOIA” – INDONESIA 
    3. NGUYEN HAI YEN “MOMENTO MORI: EARTH” – VIETNAM 
    4. MAXINE EIGENMANN “KARGO” – PHILIPPINES 
    5. COLEEN GARCIA “KALUSKOS” – PHILIPPINES

    BEST ACTOR 

    1. ANDREW RAMSAY “GINHAWA” – PHILIPPINES 
    2. TOMMY ALEJANDRINO “THE BESTBALL PLAYER” – PHILIPPINES 
    3. DATUK TARMIMI SERIGAR “PERJALANAN PERTAMA” – MALAYSIA & INDONESIA 
    4. HUY YALENG “FATHERS” – CAMBODIA 
    5. AMERUL AFFENDI “PREBET SAPU” – MALAYSIA

    BEST DIRECTOR 

    1. KAMILA ANDINI “BEFORE, NOW & THEN” – INDONESIA 
    2. TAN CHUI MUI “BARBARIAN INVASION” – MALAYSIA 
    3. CHRISTIAN PAOLO LAT “GINHAWA” – PHILIPPINES 
    4. LUISITO LAGDAMEO IGNACIO “BROKEN BLOOMS” – PHILIPPINES 
    5. SABRI YUNUS “DUAN NAGO BOGHO” – MALAYSIA 
    6. CARLO OBISPO “THE BASEBALL PLAYER” – PHILIPPINES

    BEST FILM 

    1. BEFORE, NOW & THEN – INDONESIA 
    2. BARBARIAN INVASION – MALAYSIA 
    3. GINHAWA – PHILIPPINES 
    4. PREBET SAPU – MALAYSIA 
    5. KARGO – PHILIPPINES 
    6. PERJALANAN PERTAMA – MALAYSIA & INDONESIA 
    7. DUAN NAGO BOGHO – MALAYSIA 

    Written by Budiey

    Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

    AIFFA 2023

    Malam Pembukaan AIFFA 2023 Bawa Ekstravaganza Sinematik di Sarawak

    BRONT PALARAE

    AIFFA Berjaya Buka Peluang Untuk Penggiat Seni Tempatan Kembali