in ,

Hafidz Roshdi & Shuhada Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu Pagi Ini

Pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada akhirnya sah bercerai dengan talak satu pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. 

HAFIDZ ROSHDI

Pelakon Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada akhirnya sah bercerai dengan talak satu pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. 

Memetik mStar Online, Hakim Syarie Siti Rahmah Husssin mengesahkan lafaz yang dibuat Hafidz pada 22 Februari lalu adalah sah dan Shuhada tidak perlu jalani tempoh edah yang telah selesai pada 23 April lalu.

Sementara itu, peguam mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir berkata mahkamah memutuskan hanya satu lafaz cerai yang sah iaitu pada 22 Februari lalu.

Dalam pada itu, Hafidz meluahkan rasa syukur dan lega kemelut rumah tangganya selesai secara baik serta berpuas hati dengan keputusan hakim.

“Alhamdulillah saya lega, perkara ini diselesaikan cara baik dan tanpa sebarang pergaduhan. Saya juga hormati keputusan hakim dan berpuas hati serta gembira dengan keputusan hari ini,” katanya.

Shuhada juga turut meluahkan rasa lega kemelut rumah tangganya sudah pun selesai dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pengajian.

“Alhamdulillah. Saya merasakan seperti Allah sudah angkat satu beban. Terima kasih Allah. Saya perlu kuat semangat sebab kini tak bergantung pada orang lain dan hanya bergantung pada Allah saja.

“Sekarang saya mahu fokus diri sendiri dan anak-anak serta capai cita-cita saya dulu kerana InsyaAllah saya mahu sambung pelajaran,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy Watch6 & Watch6 Classic Dilancarkan Harga Bermula RM1099

REMY ISHAK

Tahniah! Remy Ishak & Isteri Timang Cahaya Mata Pertama Yang Comel