in , ,

Program Cari Bakat Bintang RTM Kembali Lagi Selepas Lima Tahun Menyepi

2023 menyaksikan RTM kembali menganjurkan pertandingan Bintang RTM.

Penganjuran terakhir pada tahun 2018 yang lalu menyaksikan Hariz merangkul gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM20,000.00 berserta trofi. Hariz juga memenangi Vokal Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.00 berserta trofi dan sijil.

Bintang RTM Kembali Lagi Selepas Lima Tahun Menyepi

Mengimbas kembali sejarah pada tahun 1973, istilah “Bintang RTM” mula digunakan apabila Bakat Radio dan Bakat TV diselaraskan serta digabungkan menjadi Bintang RTM. Pertandingan Akhir yang pertama telah disiarkan pada 26 Februari 1974. Seterusnya, Bintang RTM menjadi acara tahunan sehingga tahun 1986.

Melalui pertandingan ini, RTM telah berjaya melahirkan ramai nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air seperti Allahyarham Datuk Dahlan Zainuddin, Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad, Rosemaria Abdul Hamid, Jennifer Yen, Dato’ Jamal Abdillah, Rohana Jalil, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Datuk Aznil Haji Nawawi dan ramai lagi.

Bintang RTM Kembali Lagi Selepas Lima Tahun Menyepi

Pertandingan yang bermula pada Januari 2024 ini telah membuka ujibakat secara dalam talian pada 10 Julai hingga 10 September 2023. Ujibakat terbuka ini layak disertai oleh warganegara Malaysia yang berumur 15 hingga 25 tahun. 

Bagi mereka yang berminat, boleh menghantar video nyanyian dan butiran diri seperti salinan MyKad, gambar terkini dan nombor telefon menerusi emel di alamat  HYPERLINK “mailto:[email protected][email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Hausboom Music 2023 Siap Gegar Litar Antarabangsa Sepang

SEARCH ENDEMIK

Search Teruskan Konsert di Genting Walau Tarikh Bertembung Dengan PRN