Bermula pada tahun 2017, SoundCircus terus mara menjadi salah satu tumpuan utama ketika acara tertutup berskala besar di dewan besar MAEPS. Ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan platform khas buat penggiat muzik mempersembahkan karya muzik dan bakat mereka, ianya diadakan husus buat pemuzik dan band underground yang tidak berpeluang menunjukkan bakat mereka di pentas yang sama dengan artis arus perdana.
Bagi meraikan tahun ke-12 penubuhan Art Of Speed Malaysia (AOSM), bersama-sama pengeluar produk peranti elektronik, BRO Asia, dan jenama motosikal terkenal, Harley-Davidson, sebuah festival muzik terbesar tahunan tanah air ‘SoundCircus Festival 2023’ bakal diadakan pada 29 Julai 2023 ini bertempat di MAEPS, Serdang.
“Disebabkan sambutan luar dugaan sewaktu SoundCircus Weekender tempoh hari dengan kehadiran lebih 2,000 penonton, AOSM berpendapat bahawa acara tersebut wajar dilanjutkan pada bulan Julai ini di lokasi lebih besar sebagaimana yang pernah diadakan sebelum ini, bersempena juga dengan ulang tahun ke-12 pertunjukan AOSM yang diadakan saban tahun,” jelas En. Asep Ahmad Iskandar, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas, AOSM & SoundCircus.
SoundCircus Festival 2023 merupakan festival muzik yang memberi tumpuan khusus pada genre rock punk dan ska yang pertama seumpamanya di Malaysia dengan kualiti produksi setaraf festival muzik antarabangsa bagi memastkan peminat dapat berhibur dalam suasana yang selamat.
Selain itu, melalui penajaan langsung dari syarikat yang berpangkalan di luar negara, harga tiket dapat dikurangkan tanpa menjejaskan kualiti festival serta membuka peluang buat pemuzik tempatan untuk beraksi di luar negara. Dan buat pertama kalinya, jenama motosikal antarabangsa Harley-Davidson turut terbabit dalam penganjuran SoundCircus Festival 2023, di mana mereka turut menganjur acara berkaitan muzik seperti Asia Harley Days di Thailand dan Harley-Davidson ‘Homecoming’ di Amerika Syarikat dengan teraju utama seperti Foo Fighters dan Green Day yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
BRO Asia sekali lagi dijemput menjadi rakan penganjur untuk SoundCircus Festival 2023, sekaligus dapat memperkenalkan jenama mereka kepada pengunjung serta peminat festival muzik ini.
Menurut En. Roman Lai, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif BRO Asia, “Kami sangat berbangga dan teruja menerima pelawaan AOSM sekali lagi untuk bersama-sama menjayakan festival muzik yang berskala besar ini, sejajar dengan hala tuju jenama kami.
En. Sajeev Rajasekharan, selaku Pengarah Urusan – Pasaran Pembangunan Asia & India, Harley-Davidson Motor Company berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menjadi sebahagian dari SoundCircus Festival 2023 sebagai penaja utama dan mengukuhkan lagi kehadiran kami di Art Of Speed Malaysia.
“Festival muzik ini mempunyai kepentingan strategik buat kami dan bertindak sebagai platform utama untuk komuniti dan penggemar Harley-Davidson dapat kumpul bersama, jadi kami mengharapkan sebuah acara yang gemilang pada tahun ini dengan AOSM.
Sebagai ganjaran kepada semua peminat Harley-Davidson di seluruh negara, pas dan tiket percuma boleh didapati di pengedar-pengedar Harley-Davidson di Malaysia, jadi kunjungilah mereka hari ini.
Barisan pemuzik dan band yang bakal beraksi adalah seperti Superman Is Dead (Bali), No Good, Plague Of Happiness, MC16, Skudap Skudip, Dum Dum Tak, Krusty, Restraint, Naratu dan Armpunk Syndicate.
Tambah En. Asep, “Bagi memeriahkan lagi SoundCircus Festival 2023 pada kali ini, kami akan mengetengahkan 5 band tempatan yang akan bertarung dalam sebuah segmen khas Harley-Davidson ‘Battle Of The Bands’ untuk memenangi hadiah berupa pakej ke luar negara bagi membuat persembahan di festival yang bakal di anjurkan oleh Harley Davidson pada hujung tahun ini.
“Istimewanya festival muzik SoundCircus Festival 2023 pada tahun ini adalah sistem visual audio yang lebih mantap dari sebelumnya dengan kemunculan khas band Superman Is Dead dari Bali, Indonesia yang akan mempersembahkan 16 lagu kesemuanya serta persembahan daripada band-band tempatan bagi memastikan kepuasan pengunjung pada tahap yang maksimal.
“Saya berharap agar pengunjung akan terhibur dengan persembahan serta suasana yang kami janjikan, teruskan menyokong industri muzik kita!
Bagi mereka yang berminat untuk menyaksikan festival SoundCircus Festival 2023, tiket-tiket dijual pada harga RM120 (Festival Ticket), RM135 (All-Access), RM360/4 pax (Group Buy), RM35 (Exhibition Ticket) dan RM60 (Fastlane) di laman web www.artofspeedmy.com.
IG : https://www.instagram.com/artofspeedmy/
FB : https://www.facebook.com/ArtOfSpeedMY
TikTok : https://www.tiktok.com/@artospeedmy
YouTube : https://www.youtube.com/c/ArtofSpeedMalaysia