Pasti ramai tertanya-tanya siapa gerangan suami Mizz Nina itu. Menerusi hasil carian Google, Essam Muhammad merupakan warganegara Amerika Syarikat.
Essam Muhammad merupakan seorang penyanyi rap dan penulis lirik yang memulakan kariernya pada tahun 2016, dengan melancarkan video yang bertajuk West Is My Home.
Essam juga aktif dalam komuniti di Seattle dengan membantu mencipta ruang untuk penyajak muda berkongsi idea dan hasil kretiviti mereka.
Bukan itu saja, Essam juga banyak menerima undangan persembahan di seluruh dunia termasuklah Afrika Selatan, United Kingdom, Switzerland dan Malaysia berkongsi perjalanan hidup dan seni kretivitinya.
Penyanyi itu juga turut banyak mengetengahkan unsur-unsur dakwah dalam lagu serta sering diundang berkongsi pengalaman dan inspirasi dalam komuniti Islam serata dunia.
Essam pernah melancarkan dua album iaitu 12.12 dan Chapter20six yang juga mendapat sentuhan penerbit Petty Po pada tahun 2020.
Minat Essam dalam muzik rap dan hi hop bermula seawal usianya 9 tahun lagi, namun sebagai seorang Muslim ia tidak menghalang untuk menjadi siapa dirinya hari ini.
“Kepercayaan saya membuatkan saya merendah diri dalam semua perkara saya lakukan. Agama adalah tujuan hidup saya,” katanya dalam temu bual bersama South Seattle Emerald.
Bukan itu saja, Essam juga turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan menerusi filem Purple Don’t Cry yang diarahkan oleh Mamoun Hassan.