Aina berkata dia memilih untuk bersederhana dalam berpakaian serta tidak mahu kecaman buat dirinya memberi kesan terhadap ibunya.
“Saya juga manusia biasa, saya ada hati sama juga macam semua orang, rasa tak seronok bila kita buat sesuatu, kita asyik fikir apa orang suka dan tak suka. Saya sebenarnya sudah letih dengan kecaman sedemikian.
“Memang betul kena abaikan haters tapi saya kena fikirkan juga perasaan mak saya memandangkan mak saya sentiasa mengikuti perkembangan saya di platform media sosial, mak baca komen,” katanya.
Dalam pada itu, Aina berkata dia mengambil pendekatan tidak berlebihan dalam fesyen selepas menerima nasihat daripada ibunya.
Sementara itu, Aina berkata dia akur dengan permintaan netizen namun tidak akan meninggalkan jenama ‘Aina Abdul’ yang memang sinonim dengan dirinya.
“Saya akur dengan netizen cakap, kadangkala okey untuk kata ‘YA’ pada permintaan netizen. Saya tidak rasa nak lawan netizen atau lemah sebab ikut kata mereka namun saya percaya pada akhirnya, pakaian tetap pakaian, kalau netizen suka pakaian saya macam ini (sederhana) syukurlah.
“Jujurnya saya ada macam-macam idea baju untuk Big Stage tapi takpelah saya simpan dan pakai masa konsert saya sendiri nanti,” katanya.