Berikutan kes yang tular baru-baru ini, pihak pengurusan penyanyi Ismail Izzani, World Peace Entertainment Sdn. Bhd. bertindak untuk mengambil tindakan jika tuduhan ini masih berlarutan ke atas artis di bawah naungan syarikat berkenaan.
Menurut syarikat berkenaan, penyanyi Ismail Izzani dikaitkan dengan tuduhan yang dibuat oleh seorang individu di TikTok yang dikatakan dirinya sedang hamil.
Difahamkan, pemilik akaun tersebut memaklumkan bahawa Ismail Izzani tiada kaitan dengan hal tersebut. Dengan itu, pihak pengurusan berharap agar tuduhan dan spekulasi terhadap Ismail dapat dihentikan.
Kami memandang serius perkara ini dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang terus mengaitkan Ismail Izzani dengan hantaran tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan, World Peace Entertaiment, berharap agar pemilik akaun TikTok itu menemui jalan penyelesaian untuk dirinya jika benar dianiaya seperti yang dimaklumkan.