Menurut Pengarah Pemasaran AL FARO, Muhammad Irfan, pihaknya sentiasa merangka dan mengubah strategi mengikut trend dan situasi ekonomi semasa agar jenama Al FARO bertahan dengan lebih lama dan kukuh.
“Pihak kami sentiasa peka dengan isu semasa dan bersiap sedia jika ada penurunan jualan. Sebagai contoh, jika terdapat penurunan jualan, kami akan terus merangka strategi tertentu agar perniagaan kembali berjalan dengan lancar.
“Dan untuk membuat strategi perniagaan juga tidak mudah. Kami perlu kaji sosioekonomi negara dan kemudian menghasilkan produk mengikut kemampuan masyarakat.
“Maksudnya, kami menghasilkan pakaian untuk semua golongan daripada yang biasa-biasa sehingga golongan kaya. Saya percaya, jika kita membuat rekaan mengikut kuasa belian pelanggan, dan harga pula berpatutan, secara tidak langsung, Al FARO masih boleh mengekalkan jualan yang stabil,” katanya.
Tambah Irfan, strategi itu juga membuatkan AL FARO terpilih sebagai pemenang Asia Pacific Enterprise Awards 2023 dalam kategori Fast Enterprise Award di One World Hotel pada Sabtu lalu.
Ia adalah kejayaan kedua Al FARO selepas meraih Anugerah Pensijilan Pengguna Top 500 Consumer Certification Trusty Brand Award anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) pada tahun lalu.
Sementara itu, Irfan memberitahu, Al FARO akan terus meletakkan sasaran akan meraih jualan sehingga mencecah RM25 juta.
AL FARO juga bakal melancarkan pakaian khas bagi golongan elit atau buat orang yang sukakan kemewahan.
Irfan berkata, walaupun harga yang bakal diletakkan itu agak mahal, namun rekaan dan kualiti pakaian yang dilancarkan itu semestinya jauh lebih berbaloi.
“Moto kami mudah saja. Pakaian yang sangat berkualiti dijual dengan harga yang berbaloi. Jadi biarlah ada beribu pesaing sekalipun, kami yakin pelanggan akan setia dengan AL FARO kerana kesungguhan kami untuk memuaskan hati pelanggan dengan kadar harga berbaloi.
Sementara itu, tambah Irfan lagi, kehadiran aktres Fasha Sandha sebagai duta AL FARO memberi lebih impak dalam perniagaan mereka.
“Fasha Sandha seorang aktres yang memberi pengaruh sangat besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung jenama AL FARO pantas diperkenalkan dengan lebih meluas.
“Ini adalah jalinan pertama kami tetapi Fasha sudah memberi impak yang kuat terhadap jenama Al Faro.
“Saya berbesar hati Fasha menjadi sebahagian keluarga kami da kami percaya tidak semua selebriti yang dilantik sebagai duta sesebuah produk bersungguh-sungguh mempromosikan jenama yang diwakili kepada umum seperti yang dilakukan Fasha,” ujarnya.
Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju Alfaro juga boleh didapati di:
Corporate Office & Alfaro Mall :- NO 171 Jalan Tunaku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur 0326029250
Alfaro Outlets
• No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Tel 03-22027762
• NO 2.4 , Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur , Malaysia
• Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
• Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.