in , ,

Drama Bersiri Katakan Pada Dia Diadaptasi Daripada Novel Selendang Anum

Drama Bersiri “Katakan Pada Dia” Diadaptasi Daripada Novel ‘Selendang Anum’ Karya Prof Lim Swee Tin di RTM

Bak hadiah istimewa, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan drama bersiri terbaharu bertajuk “Katakan Pada Dia” yang diadaptasikan daripada sebuah novel popular terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka Malaysia, Selendang Anum karya Prof. Dr. Lim Swee Tin. 

Bukan itu sahaja, ia turut memperdengarkan lagu Original Soundtrack (OST) dengan tajuk sama yang menggandingkan Iskandar Projector Band berduet dengan seorang pelakon dan penyanyi berbakat, Jasper Supayah.

Drama Bersiri Katakan Pada Dia Diadaptasi Daripada Novel Selendang Anum di RTM

Drama bersiri 26 episod terbitan Kalam Ariff Holdings Sdn Bhd ini menyorot kisah watak utama seorang gadis remaja berbangsa Cina bernama Yoke Lin yang mengharungi pelbagai cabaran dalam melibatkan diri dalam pementasan Melayu. 

Bagaimanapun itu tidak menjadi tembok penghalang buat dirinya, dan dia masih tetap kuat dalam memperkasakan perpaduan di kalangan penduduk kampungnya.

Karya arahan Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) ini menampilkan lakonan hebat Izzue Islam, Nina KSC, JC, Janet Khoo, Ooi Liang Chia, selaku watak utama turut dibantu oleh Amyza Aznan, Wanns Ahmad, Silfeny Osman, Hasmitha Selvam, Shazia Rozaini, dan Sugeindhiran.

Drama Bersiri Katakan Pada Dia Diadaptasi Daripada Novel Selendang Anum di RTM

Disiarkan mulai 12 Jun ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.00 malam di TV2, ikuti kegigihan dan ketabahan hati Yoke Lin, seorang gadis remaja yang sedang menunggu keputusan peperiksaan SPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran hingga ke universiti. 

Dalam penantian menunggu keputusan itu, Yoke Lin mengisi waktu lapangnya dengan melibatkan diri dalam pementasan sebuah drama bertajuk ‘ Keris Pusaka’ yang bertujuan mengutip derma bagi mengisi tabung membina asrama anak-anak yatim pelbagai kaum di tempatnya. 

Penglibatan Yoke Lin berlakon dalam drama Melayu dengan memegang watak Anum mendapat tentangan daripada bapanya tetapi mendapat sokongan daripada Encik Phang (yang bersikap terbuka), Sakinah, Aida, Mona dan sebagainya.

Drama Bersiri Katakan Pada Dia Diadaptasi Daripada Novel Selendang Anum di RTM

Yoke Lin sebagai generasi baru Malaysia berusaha menjayakan pementasan itu bertujuan menguatkan perpaduan dalam kalangan penduduk kampungnya yang berbilang kaum. 

Akhirnya, selepas menempuh pelbagai halangan, ibunya memberi galakan dan diikuti oleh perubahan sikap bapanya yang menyokong kegiatan seni dramanya itu. 

Bapanya memberi selendang kepada Yoke Lin untuk digunakan dalam pementasan drama purba itu sebagai dorongan kepadanya agar usaha positifnya itu akan berjaya dengan cemerlang untuk mengutip derma bagi membina asrama anak-anak yatim semua kaum itu. Ikuti kesudahannya di TV2. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bergelek Dengan Baby Shima, Netizen Bertanya Mana Taubat Alif Syukri

SURIA FM

Morning Morning Suria Meriahkan Hari Kesedaran Keselamatan Maritim