Menerusi perkongsian di Twitter, Leona berkata pemakaiannya tiada kena mengena dengan mereka diluar sana serta meminta supaya netizen memberi fokus kepada isu lain yang lebih penting.
Leona berkata dia mempunyai pilihan untuk dirinya sendiri serta meminta pada mereka yang tidak suka melihat dirinya di media sosial supaya menyekatnya.
Sementara itu, Leona turut meminta supaya tidak menyebarkan berita yang tidak benar serta menafikan bahawa dia ke kelab seperti yang didakwa.
Dalam pada itu, Leona berkata jika dia mempunyai dada yang kecil pasti orang ramai tidak kisah dengan apa yang dipakainya.
Sebelum ini, Azhar dilihat ada memuat naik status di Facebook yang menjadi perhatian ramai dimana Azhar meluahkan rasa bimbang mengenai anaknya itu.