Pelakon Sharnaaz Ahmad akhirnya tampil menjawab spekulasi yang diperkatakan oleh netizen berkenaan dirinya sudah mengikat tali pertunangan bersama kekasihnya, Amelia Christie Lim.
Sebelum ini, Sharnaaz pernah memuat naik fotonya mengenakan pakaian sedondon berwarna biru muda bersama anaknya, Jebat Jayden di atas pelamin dengan seorang wanita.
Walau bagaimanapun, foto berkenaan telah dipadamnya selepas beberapa minit dimuat naik di laman Instagram aktor itu.
Pelakon yang berusia 37 tahun itu, tidak mahu perkara ini terus menjadi tanda tanya, Sharnaaz tampil berkongsi video yang penuh dengan momen mesra menerusi sebuah hantaran terbaharu di laman Instagramnya, sebentar tadi.
Menerusi perkongsian itu, majlis yang menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen sejak semalam hanyalah gimik bagi mempromosikan produk detox yang diamalkannya.
Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Maaf ya.
Malah, lebih menarik lagi apabila Sharnaaz juga sempat berkongsi bakat lakonan anak bujangnya, Jebat yang mencuit hati ramai.
Kesian baba. Bila nak jumpa awek baba yang betul-betul ni?.