in , ,

Aplikasi MAE Kini Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu

Maybank dalam satu kenyataan rasmi pada hari ini memaklumkan bahawa aplikasi perbankan mudah alih MAE telah dikemaskini dengan antaramuka baharu lebih segar.

Ini sekaligus membolehkan para pengguna menikmati paparan butiran akaun dengan akses lebih mudah kepada pilihan perbankan melalui lapan butang akses pantas

Di samping turut sama menyediakan ciri yang dipertingkatkan bagi tujuan pengalaman pada aplikasi lebih meluas.

Misalnya seperti proses log masuk, menyemak akaun dan akses ke ruangan tetapan dilihat lebih mudah diakses bersama ikon cukup ceria. Seterusnya nilai utama akaun kini turut boleh disembunyikan bagi tujuan privasi. 

Aplikasi MAE Kini Dikemaskini Dengan Antaramuka Baharu

Kemudian pengguna juga boleh membuat permohonan kad, insurans dan lain-lain dengan lebih mudah menerusi ikon dengan label ‘Apply‘ pada bahagian bar bawah aplikasi.

Pembaharuan ini boleh dinikmati oleh semua pengguna peranti Android termasuklah Huawei bermula hari ini

Sementara itu pengguna iOS pula versi kemaskini akan tersedia bermula 30 Mei akan datang

Sila pastikan aplikasi MAE anda dikemaskini ke versi terkini bagi menikmati pembaharuan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DAIN SAID

Dain Said Terkejut Menang Trofi Pengarah Terbaik di Greece

“Sampai Hari Ini Saya Masih Bankrap Dengan Jumlah Yang Sama” – Fizo Omar