in , ,

Furqan Fawwaz Lancar Single Hey Anta Bangkitkan Semangat & Rasa Cinta 

Furqan Fawwaz Menjengah Industri Seni Dengan Karya Ciptaan Peribadi

Dikenali sebagai pempengaruh media sosial dengan kandungan berunsur Islamik dan ilmiah, Furqan Fawwaz kini tampil mewarnai dunia hiburan tempatan sebagai penyanyi solo dengan memperkenalkan single terbaharu bertajuk ‘Hey Anta’ hasil nukilan komposer Firdaus Rahmat, Omar K serta Furqan sendiri. 

Furqan Fawwaz atau nama sebenarnya Muhammad Furqan Fawwas Bin Salleh Sani secara rasminya kini dibawah naungan World Peace Entertainment (WPE) Sdn Bhd yang turut merangka perjalanan seni bakat-bakat segar antaranya Ismail Izzani dan Naim Daniel. Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 20 Febuari 1994, Furqan mula dikenali sebagai seorang imam, pendakwah moden, pempengaruh digital dan kini penyanyi. Pernah memenangi pertandingan Tilawah Al-Quran Negeri pada tahun 2011, serta juara pertandingan Hafazan Al-Quran pada tahun 2014 dan 2015, Furqan Fawwaz pernah mewakili Malaysia pada pertandingan Hafazan peringkat Antarabangsa di Indonesia pada tahun 2014 dan di Mesir pada tahun 2018. Memulakan karier nyanyian sebagai salah seorang ahli kumpulan nasyid, Zayne, Furqan mahu dikenali sebagai penyanyi dan pencipta lagu Islamik Pop di Malaysia. 

Dengan suntikan semangat serta perspektif seni yang baharu, Furqan Fawwaz hadir dengan sebuah single terbaharu berjudul ‘Hey Anta’ hasil kolaborasi antara beliau bersama Omar K dan Firdaus Rahmat, penyanyi yang meledak dengan lagu Overdrive yang menjadi runut lagu drama fenomena – High Council. Meminati genre muzik balada dan pop, ‘Hey Anta’ menceritakan tentang betapa besar dan pentingnya untuk kita meniup kata semangat dan menzahirkan ucapan positif kepada mereka yang memerlukan. Dengan elemen dan alunan muzik Arab dalam rentak balada, ‘Hey Anta’ mengajak pendengar untuk menyelami unsur positif dan motivasi dalam setiap baris lirik yang bersifat relatable dan easy listening

Mengulas mengenai pengenalan beliau kepada industri muzik tempatan menerusi single ‘Hey Anta’, Furqan berkata, “Single Hey Anta adalah sebuah lagu yang saya dihasilkan bersama Omar K dan Firdaus Rahmat dan kami ingin menyampaikan mesej halus tentang pentingnya kita membuka mata dan juga hati kepada mereka yang berada disamping kita. Lagu ini saya dedikasi kan kepada mereka yang sedang memikul atau menggalas beban yang berat dibahu mereka dan yang sedang berjuang untuk kekal kuat menghadapi cabaran hidup. Kadangkala dalam mengharungi cabaran dan ujian itu, kita akan berasa keseorangan, putus harapan dan memendam rasa kerana beberapa sebab. 

‘Hey Anta’ ini adalah sapaan mesra atau pertanyaan penuh ikhlas kepada mereka yang sedang berjuang mengharungi perih jerih kehidupan. Kita yang tidak berada ditempat mereka ini tidak akan dapat merasai sepenuhnya perasaan mereka, tetapi lagu ini sedikit sebanyak membolehkan kita untuk bertanya kabar, memberi kata-kata semangat serta meniup ucapan indah penuh kasih. Walaupun tampak enteng, tetapi bait kata dalam ‘Hey Anta’ itulah yang saya harapkan mampu memulihkan hati dan perasaan mereka yang sedang berdepan dengan cabaran. 

Sejujurnya, saat saya memasuki industri seni bersama kumpulan nasyid dahulu, saya banyak belajar tentang bagaiman mengharungi onak dan cabaran. Pengalaman itulah yang saya kutip dan dalam usaha saya mengukir nama sebagai penyanyi solo. Apabila dilamar oleh WPE, saya amat teruja kerana saya sememangnya mengimpikan peluang untuk bekerjasama dengan nama-nama besar dalam industri seni. Melalui ‘Hey Anta’ impian say aitu menjadi kenyataan. Hasil nukilan lirik dan alunan muzik yang terhasil dari kolaborasi bersama Omar K dan Firdaus Rahmat amat bermakna kerana mereka berdua amat memahami dan menghormati pengaruh muzik serta visi saya sebagai penyanyi. Kepercayaan yang diberikan oleh WPE ini tidak akan saya sia-siakan. 

Furqan Fawwaz Lancar Single Hey Anta Bangkitkan Semangat & Rasa Cinta

Menurut Muhammad Usaid Hamdi, Pengarah Urusan, World Peace Entertainment (WPE) Sdn. Bhd.

Pihak WPE sentiasa komited dalam menyokong pembangunan bakat-bakat seni tempatan terutamanya artis-artis naungan kami. Kami amat berbesar hati kerana dapat merealisasikan impian Furqan untuk menterjemahkan kecintaan serta inspirasi muzik beliau kepada pendengar. Perancangan rapi turut diatur bagi memastikan lagu ‘Hey Anta’ dan muzik videonya dapat diterima peminat dan menjadi fenomena untuk generasi masa kini. 

‘Hey Anta’ dilihat bukan sekadar sebuah lagu biasa tetapi mempunyai makna yang lebih besar daripada itu. Bait lirik dan susunan lagu Hey Anta jika diperhalusi mengajak kita semua untuk memastikan bahawa kita sentiasa berada dan mendukung mereka disekeliling kita terutamanya mereka yang sedang berhadapan dengan cabaran hidup. Genre muzik Islamik Pop yang dibawakan oleh Furqan ini adalah salah satu strategi kreatif kami untuk menempatkan Furqan dalam industri muzik yang semakin pesat berkembang.” 

Single ‘Hey Anta’ serta muzik video ini diterbitkan sepenuhnya oleh World Peace Entertainment Sdn. Bhd. ‘Hey Anta’ akan mula menemui peminat menerusi corong-corong stesen radio tempatan, laman YouTube serta laman sosial media – Instagram, TikTok bermula 26 Mei 2023. Lagu ini juga boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox, Apple Music dan lain-lain. Layari saluran Youtube World Peace Entertainment untuk maklumat lanjut. 

Furqan Fawwaz Lancar Single Hey Anta Bangkitkan Semangat & Rasa Cinta

BUTIRAN SINGLE ‘HEY ANTA’ 

Penyanyi: Furqan Fawwaz
Tajuk lagu: : Hey Anta

VERSE
Hey Anta, Amil eh
(Hey awak, apa khabar?) Khabarkan aku segala ceritamu Hey Anta, Amil eh (Hey awak, apa khabar)
Usah kau malu aku kan bersamamu 

PRE CHORUS
Ku tahu kau takut Memendam rasamu Dulu ku juga sepertimu 

CHORUS
Ya hubbi,
Basma’ sutak mush lihukmak ya hubbi
(Sayangku, aku cuma mahu dengar luahanmu bukan menghukum mu, sayangku) Aku akan bersamamu
Ya hubbi,
Basma’ sutak mush lina’shak khuz iedi
(Sayangku, aku cuma mahu dengar luahanmu bukan pertikaikanmu genggam tanganku) Aku akan bersamamu 

VERSE 2
Hey Anta, Amil eh 

(Hey awak, apa khabar) Hilangkan ragu Semua ‘kan berlalu 

PRE CHORUS
Ku tahu kau takut Memendam rasamu Dulu ku juga sepertimu 

BRIDGE 

Tenteram yang kau tercari selama ini
(Adalah dirimu)
Mulakan nafas baru dengan rasa cukup dan bersyukur 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DAMIA

Dinda Dania Lancar Single LARI-LARI Dapat Sambutan Serlah Bakat Semulajadi

Teater Muzikal Upin & Ipin – Pin Pin Pom! Kini Telah Ditayangkan di Astro First