Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf sekiranya tindakannya bersama penyanyi Ifa Raziah menari tarian gelek punggung baru-baru ini membuatkan ramai pihak berasa kurang senang.
Kata Aliff, tarian itu hanyalah sekadar gurauan kerana pada ketika itu mereka sedang merakam video untuk di muat naik di TikTok.
“Saya minta maaf lah kalau tarian tu menyebabkan anda marah.
– Datuk Seri Aliff Syukri
“Hidup ni dik perlu lawak, perlu manja hanya bergurau. Bukannya ada adegan ramas-meramas punggung pun, atau pegang-memegang betul tak?,”
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis Kesyukuran dan Aqiqah serta Rumah Terbuka Aidilfitri yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada Sabtu.
Meskipun begitu, pelantun lagu Abang Nak Tegur itu berkata, tarian itu bergantung kepada tafsiran individu masing-masing.
“Saya minta anda fikir positif je lah… Lagipun video tu kami buat TikTok sebenarnya.
– Datuk Seri Aliff Syukri
“Jadi nak cakap macam mana pun saya tak tahu. Sama juga macam kita menari lagu Flower dari Jisoo Blackpink, kalau anda fikir negatif maka negatif lah jadinya begitulah sebaliknya,”
Terdahulu, isu tarian punggung bersama Ifa Raziah menerima pelbagai respons negatif dalam kalangan netizen.
Sehinggakan, ada yang menganggap tarian tersebut lucah dan menjijikkan.