Terus memeriahkan industri fesyen tempatan, MINAZ Blooming Adha muncul dengan koleksi Haramain Series yang diinspirasikan dari bumi Mekah dan Madinah bagi mengubat kerinduan kepada pemakai.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Hamid, terdapat 20 koleksi MINAZ Hijab pada koleksi Aidiladha dan ianya hanya terhad kepada 300,000 helai.
Hafiza turut mengulas kejayaan luar biasa MINAZ Blooming Raya yang mencatat jualan RM22 juta dalam hanya tempoh dua bulan.
“Target jualan sangat luar biasa dan luar dari jangkaan saya. Untuk Minaz Hijab sahaja mencecah RM13 juta dan Minaz Apparel RM9 juta. Alhamdulillah walaupun dalam keadaan ekonomi yang terjejas dan saingan dari jenama lain namun team Minaz berjaya membuat jualan yang luar biasa. Saya hanya menumpang rezeki mereka,” katanya
Puan Hafiza ditemui media di Majlis Rumah Terbuka Minaz Group.
“Saya punya resipi kejayaan di mana selaku pengasas, kita harus turun padang dan tidak boleh menjual stok kepada stokis dan agen habis di situ sahaja. Kita kena sentiasa bekalkan bahan-bahan pemasaran dan selalu buka minda dengan apa sahaja komen yang diterima kerana kita berurusan dengan manusia dan kena lebih memahami. Saya memang 24 jam ada di dalam group leader dan ambil maklum atas apa sahaja komen, kemudian ambil tindakan dan perbaiki.
“Dan saya juga tidak mahu menjual tudung semata-mata. Di sebalik tudung Minaz itu ada ceritanya dan seperti hari ini, koleksi Haramain, saya mahu semua yang memakainya terasa rindu untuk ke bumi Haramain. Formula bercerita pada setiap koleksi itu diterima baik oleh peminat.
“Saya bermula dengan beberapa helai sahaja dan sehingga ke tahap ini, saya berharap agar manfaat itu sampai kepada semua,”
Berkongsi resipi kejayaan Minaz, jelas Hafiza, walaupun Minaz Hijab baru sahaja ditubuhkan dua tahun lalu dan bermula dengan beberapa helai tudung sahaja, namun formula bercerita bagi setiap koleksi dan duta yang dipilih banyak membantu kejayaan selain ‘penangan’ luar biasa agen dan stokis.