Memetik Harian Metro, Sharnaaz bagaimanapun berkata dia dan wanita yang juga pelakon dikenali sebagai Amelia Christie itu masih dalam fasa berkawan.
“Tiada apa-apa. Kami masih dalam fasa berkawan,” katanya.
Dalam pada itu, sebelum ini Sharnaaz yang mengatakan tidak mahu kekasih atau bakal isteri dikalangan selebriti, aktor itu berkata mungkin selepas ini Amelia tidak lagi bergelar artis.
“Yang penting kita tengok mana yang terbaik. Saya okey saja. Saya berkawan dengan semua orang,” katanya.
Sementara itu, Sharnaaz tampil menjawab dakwaan kononnya dia suka mengongkong kekasihnya. Sharnaaz berkata mengongkong itu adalah tanda dia peduli kepada Amelia dan tiada salahnya jika dia berbuat demikian untuk kebaikan.
“Kalau tak kawal baik kita tak payah peduli. Jadi ikut dialah nak jadi apa dan buat macam mana. Itu hak dia tapi bagi saya kawal itu ada banyak fasa. Kalau kita kawal tandanya kita nak dia jadi yang terbaik.
“Kalau kita kawal itu terlalu merepek, maka merepek la jadinya. Kalau kawal untuk kebaikan apa salahnya daripada dia merambu jadi mat rempit atau bohsia,” katanya.