in , ,

Terus Trending & FYP, 10.3 Juta Penonton Tiktok RTM Dalam Satu Malam

Kejayaan platform TikTok RTM meraih 1.2 juta pengikut baru-baru ini walaupun berusia dua tahun sejak ditubuhkan pada Mac 2021 yang lalu membuktikan RTM terus kekal relevan dengan pengisian konten digital sekaligus memenuhi citarasa pengikutnya.

Sukan Olimpik Beijing 2020, Sukan Komanwel 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menjadi batu loncatan dalam peningkatan pengikut yang mendadak di platform digital rasmi ini.

Baru-baru ini, RTM mengambil tindakan berani kerana menyiarkan acara Sukan SEA Kemboja 2023 di saluran Okey.  Implikasinya ada segelintir melemparkan kritikan RTM kurang mempromosikan acara tersebut.  Ini kerana mereka tidak tahu RTM menyediakan pelbagai platform lain selain saluran Okey iaitu aplikasi RTMKlik dan TikTok Rasmi RTM.

Namun, bilangan pengikut TikTok RTM diluar dugaan dan telah berjaya meraih sekitar 420 ribu (415,696) pengikut baharu selepas tamat acara Sukan Sea Kemboja 2023.

Kerjasama strategik Unit Media Sosial RTM (UMS) di Bahagian Media Digital Interaktif dengan pihak TikTok Malaysia menjadi tunjang melebarkan sayap dalam menyebarluas kandungan acara sukan tersebut di TikTok.  

Tindakan ini menjadi kayu pengukur generasi muda yang cakna bahawa RTM pernah menyiarkan acara Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel serta menyediakan laman sesawang dengan lima saluran pilihan untuk menonton acara tersebut.

Kini, pelbagai inisiatif telah diambil untuk memastikan konten digital yang dimuat naik berkualiti dan memenuhi citarasa penonton. Eksperimen demi eksperimen telah dilakukan untuk mengenalpasti kecenderungan penonton ke arah penerbitan konten digital menembusi FYP (For Your Page) TikTok sekaligus mengekalkan kesetiaan penonton untuk mengikuti perkembangan semasa akaun TikTok RTM.

TIkTok RTM menawarkan variety konten digital merangkumi sedutan drama, telefilem dan program hiburan yang bersiaran di RTM. Justeru, konten ini menjadi teaser untuk menarik minat para penonton ke aplikasi RTMKlik dan sekaligus menyumbang kepada kenaikan rating di platform tersebut.

Pada 2023, TikTok RTM menyiarkan TikTok live sebelum acara disiarkan di kaca TV bermula dengan Piala Sumbangsih, Liga Super, Konsert Minggu Ini, Kanta 744 dan banyak lagi.

Inisiatif tersebut diteruskan ketika berlangsungnya acara Sukan SEA Kemboja 2023. Lonjakan pengikut TikTok RTM menerusi konten sedutan acara sukan, siaran langsung laporan harian dan acara bola sepak telah berjaya mencatat sejarah di RTM.

Sebanyak 10.3 juta penonton direkod di TikTok RTM ketika perlawanan akhir bola sepak, menyaksikan pertembungan antara Indonesia dan Thailand.

RTM akan terus proaktif dan bereksperimen di platform TikTok khasnya dan semua platform digital secara amnya demi memantapkan lagi nama RTM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ANDMESH KAMALENG CONCERT

Sekitar Sidang Akhbar Andmesh Kamaleng Live In Kuala Lumpur

“Kalau Ada Ujian Bertunang Sekalipun Tak Akan Saya Nak Kongsikan” – Syafiq