“Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics.”
Demikian tegas pelakon dan usawan terkenal Wawa Zainal susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjual produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka.
Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, dia menyedari perkara selepas mendapat aduan daripada ‘re seller’ dan pengguna.
Menurut Wawa yang juga penaja program Big Stage musim kelima, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.